
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat meneruskan tanggungjawab dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan demi manfaat masyarakat. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga jabatan yang sentiasa menunjukkan komitmen, integriti serta semangat kerja berpasukan dalam menjayakan agenda dan hala tuju organisasi.
Selaras dengan perkembangan semasa dan keperluan penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, laman web rasmi ini diwujudkan sebagai salah satu medium perantara dan saluran maklumat yang komprehensif. Melalui platform ini, diharapkan segala perkembangan terkini jabatan, termasuk kemudahan, fasiliti, aktiviti serta program-program Belia, Sukan dan Rakan Muda dapat disampaikan dengan lebih cepat, berkesan dan bermanfaat kepada semua pihak.
Kami percaya laman web ini mampu menjadi titik rujuk utama khususnya kepada Persatuan Sukan, Belia dan Rakan Muda, bagi mendapatkan maklumat semasa, peluang penyertaan program serta segala inisiatif yang dijalankan oleh jabatan. Usaha ini seiring dengan komitmen kami untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama, meningkatkan penyertaan golongan belia, dan memantapkan pembangunan sukan serta aktiviti kemasyarakatan.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga jabatan untuk terus bersama menggembleng tenaga dalam mencapai misi dan visi kita. Semoga segala usaha kita memacu kebaikan dan memberi impak positif kepada pembangunan belia dan masyarakat. Selamat melayari laman web rasmi Jabatan kami.
Sekian, terima kasih.
MOHAMMAD SUHAIMI BIN MD SAAD
Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 11:34:59