Kangar, 14 Jun 2023 - Sesi penilaian APBN Peringkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita bertempat di Bilik Seminar 1, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis. Seramai 12
orang calon telah menyertai anugerah ini bagi merebut gelaran Tokoh Belia iaitu lima calon lelaki dan tujuh calon wanita. Sesi penilaian APBN Kategori Individu telah dinilai oleh tiga orang panel yang diketuai oleh Yang
Berhormat Senator Tuan Seruandi bin Saad selaku Ketua Panel, Encik Idris bin Sharizat, Timbalan Pengarah Operasi 1, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dan Encik Mohd Baharudin bin Ahmad, Penolong Pengarah
Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perlis. Setiap calon yang bertanding telah mempamerkan kekuatan dan kelebihan masing- masing dalam pelbagai bidang merangkumi 4 kriteria utama iaitu sahsiah,
sumbangan, pencapaian dan pengiktirafan serta visi, misi serta kreativiti mereka. Setiap pemenang bagi kategori ini akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos
nanti.Tahniah kepada semua calon yang berani menyahut cabaran mempamerkan pencapaian masing-masing terutama kepada pembangunan belia dan selamat maju jaya diucapkan!!!05:16 PM
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kuala Perlis 14 Jun 2023 - Program Fit@Community Siri 4 ini telah diadakan di Dataran Bukit Kubu Kuala Perlis, Perlis . Seramai 60 peserta terdiri daripada 46 orang wanita Melayu dan 14 orang wanita berbangsa Cina telah
mengikuti aktiviti ini yang dikendalikan oleh Puan Syarifah Nurazlina dari Team Bukit Kubu Kuala Perlis .Program kecergasan ini memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging/ berlari. Program ini
dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Antara objektif program ini adalah
memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan, menyemai budaya gaya hidup aktif
melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging/berlari. Pelaksanaan program Fit@Community juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat
disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk kehidupan yang sihat.
JUMPA DI SIRI LIMA!!!
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
13 Jun 2023, Selasa - Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) UNIMAP yang diketuai oleh Pengarah PSR, Dr. Mohd Irwan Yusoff telah mengadakan lawatan muhibbah ke JBSN Perlis bagi membicarakan tentang pembangunan belia
dan sukan yang melibatkan warga UNIMAP dan masyarakat di negeri Perlis. Lawatan tersebut yang turut dihadiri Timbalan Pengarah PSR disambut oleh Tuan Mohd Nizam Mat Daud, Pengarah JBSN Perlis dan Fauzi Abdullah
Saleh, Penolong Pengarah Bahagian Sukan JBSN Perlis. Mencapai kata sepakat, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis di UNIMAP. Dalam pada itu juga
Pengarah JBSN Perlis telah menerangkan mengenai Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK) yang boleh dimohon oleh pihak universiti bagi melaksanakan program di peringkat komuniti.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Jejawi, 12 Jun 2023 - Program Fit@Community Siri 3 ini telah diadakan di Dewan Besar dan sekitar Perkarangan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis. Seramai 52 orang telah mengikuti aktiviti ini yang
dikendalikan oleh kakitangan jabatan bersama Kelab Kecergasan Inspirasi TBR . Program kecergasan ini memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging/ berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik
minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Antara objektif program ini adalah memberi peluang kepada
setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan, menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan
seperti senamrobik dan berjoging/berlari. Pelaksanaan program Fit@Community juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan
kesedaran masyarakat untuk kehidupan yang sihat.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Simpang Ampat, 10 Jun 2023 - Program Fit@Community 2023 Siri 2 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat Perlis pada pagi ini. Program ini mendapat kerjasama daripada Sekolah Rendah Kebangasaan
Simpang Ampat Perlis yang melibatkan seramai 102 orang peserta terdiri daripada persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG) dan komuniti setempat .Program kecergasan ini memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu
senamrobik dan joging/ berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan
seharian.Antara objektif program ini adalah memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan
perpaduan. Menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging/berlari; Pelaksanaan program Fit@Community juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran
yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk kehidupan yang sihat. Kita jumpa di Siri 3.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Cameron Highlands, 8 Jun 2023 - Bengkel Pengemaskinian Myportfolio dan Deskripsi Tugas (Job Descriptions) telah diadakan dengan jayanya bertempat di MARDI, Cameron Highlands, Pahang. Bengkel selama tiga hari dua
malam ini diadakan bagi mengemaskini bidang tugas dan tanggungjawab jawatan setiap kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang telah dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Belia
dan Sukan Negeri Perlis. MyPortfolio merupakan dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur dan proses
kerja yang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan tugas bagi sesuatu jawatan. Setiap peserta perlu mengemaskini bidang tugas masing-masing di dalam Deskripsi Tugas yang telah dibimbing oleh Puan Shaharani bin
Abd. Rahman, pegawai yang bertanggungjawab bagi perkara perkhidmatan di jabatan ini untuk dikemaskini dalam HRMIS masing-masing.Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Encik Fauzi Abdullah Saleh, Penolong Pengarah
Sukan mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 5 Jun 2023 - Unit Kecergasan Nasional JBSN Perlis dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kecergasan AURA telah melaksanakan Fit@Community bertempat di Denai Larian Pengkalan Asam Program ini akan diadakan
sebanyak 10 siri sepanjang Jun di serata negeri yang melibatkan komuniti setempat. Pada siri pertama ini, seramai 57 orang telah mengambil bahagian dengan melakukan aktiviti senamrobik dan larian sejauh 5km. Setelah
itu peserta turut disajikan dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh Kelab Sukan dan Kecergasan AURA. Nantikan siri yang akan datang. Layari laman Facebook dan Instagram JBSN Perlis untuk ketahui lokasi
seterusnya. Jom amalkan gaya hidup sihat.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Baling, 4 Jun 2023 - Pasukan Bola Jaring Negeri Perlis iaitu Harumanis A berkongsi tempat pertama bersama pasukan dari Kedah iaitu Diamond Fly dalam Kejohanan Aktif@Sukan Luar Bandar Peringkat Zon Utara 2023 yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Baling menutup tirai semalam. Kedua-dua pasukan bersetuju untuk berkongsi tempat pertama kerana perlawanan akhir tidak dapat diteruskan akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Anda hebat dan luar biasa.Turut membawa pulang hadiah ialah Pasukan Aerobikthon dengan mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori Persembahan Terbaik.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 30 Mei 2023 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei-Jun 2023 seliaan Rakan Muda telah diadakan pada pagi ini yang dihadiri oleh Tuan Pengarah, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud serta pegawai dan kakitangan
JBSNPs.Program dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, negeri Perlis dan perkhidmatan awam diikuti bacaan doa, renungan pagi, Ucaptama Tuan Pengarah, Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Bulanan Terbaik,
Penyampaian Kad Ucapan Hari Lahir dan Acara Memotong Kek Hari Lahir. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Encik Alzrei Helery Tisin, Bahagian Pembangunan Sukan dan Encik Ghazlizam Ghazali, Bahagian Pentadbiran
yang menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan April 2023. Perhimpunan pada kali ini turut meraikan kakitangan yang menyambut hari lahir pada Mei dan Jun 2023. Selamat hari lahir diucapkan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)