Kangar, 13 Ogos 2023 - Satu program di bawah gaya hidup Rakan Ekspresi telah berjaya dilaksanakan pada 12 Ogos 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Perlis.
Program yang bertujuan untuk mencungkil bakat serta potensi anak muda ke arah penonjolan imej kendiri yang terampil serta membudayakan pengucapan awam sebagai wahana mengetengahkan idea secara bernas dan profesional.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari kalangan belia berumur 15 sehingga 18 tahun telah menyertai program ini.Penceramah yang dijemput adalah En Hakim Khan bin Mohd Khan dan Puan Nur Hanisah bt Abd Hafidz
Majlis penutup program dirasmikan oleh En Affendi Rajini Khan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Perlis dan diiringi oleh En Kamarunzaman bin Hamid, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 202

