

Kangar, 25 November 2023 - Program Inspire I-Train Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan lebih 40 orang atlet OKU Negeri ini.
Program ini diadakan sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu golongan OKU bagi diketengahkan sebagai pelapis atlet Paralimpik Negara. Selain meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan golongan OKU I Train juga turut memberi tunjuk ajar tentang teknik – teknik sukan yang betul bagi mengelakkan kecederaan sewaktu melakukan aktiviti sukan.
Antara sukan yang dianjurkan adalah olahraga, boling padang, ping pong, angkat berat dan tenpin boling. Program yang daiakan di Kompleks Belia dan Sukan Perlis dan sekitar Kangar ini diharapkan dapat memberi semangat kepada semua jurulatih dan atlet para sebagai persediaan menghadapi Para SUKMA Sarawak 2024.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD AMIN FIRDAUS BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 185









