Kangar, 24 Januari 2024 - Enam Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diberi tanggungjawab dalam mengendalikan Team Bonding Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan dan
Teknologi Electronic (FKTEN) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada hari ini bertempat di Dewan Homestay Kampung Ujung Bukit, Perlis.Program ini diadakan bagi memantapkan
ukhwah dan jalinan kerjasama yang erat dalam kalangan para pegawai FKTEN UniMAP. Turut bersama Puan Aiza, Timbalan Pendaftaran FKTEN UniMAP.Pihak jabatan ingin
mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian memberi peluang kepada kami sebagai fasilitator dalam program ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI(PEGAWAI PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 23 Januari 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan yang pertama bagi Tahun 2024 dipengerusikan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah
Belia JBSNPs yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JBSNPs pada jam 11.00 Pagi hingga selesai. Turut hadir Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan,
JBNSPs dan lain-lain ahli mesyuarat yang terlibat.Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara merangkumi Pengurusan Kewangan, Aset, Pembangunan,Pelaporan dan
Perancangan Program Belia,Sukan dan Rakan Muda, Media & Komunikasi serta Pembentangan KPI bagi tahun 2023. Turut dibentangkan penyaluran dana bagi Geran Padanan
Sukan dan Dana Sukan Komuniti untuk makluman semua pegawai.Tuan Pengerusi memohon setiap ketua bahagian untuk menyalurkan maklumat dalam unit masing-masing untuk
penyampaian yang lebih efisien. Tuan Pengerusi juga mengharapkan setiap pegawai dan kakitangan dapat menunjukkan kerjasama yang kukuh antara satu sama lain dalam
menjayakan tugas hakiki masing- masing.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI(PEGAWAI PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 23 Januari 2024 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah berlangsung perhimpunan bulanan JBSNPs bagi bulan Januari β Februari
2024 seliaan Bahagian Pembangunan Belia.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis dan lagu penjawat awam seterusnya bacaan Ikrar Rukun Negara
yang diketuai Encik Mohamad Faizal bin Abdul Majis serta bacaan doa dipimpin oleh Encik Norman bin Ahmad.Sesi penyampaian amanat telah disampaikan oleh Encik Mohd Hanaffi
bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Belia. Dalam amanat beliau menyatakan mengenai etika pakaian, integriti, mematuhi arahan semasa, semua pegawai perlu mengambil tahu
program ikonik jabatan, menjalankan tanggungjawab dengan sebetulnya sebagai penjawat awam, βdeliverβ tugas yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan, mewujudkan
kerjasama baik dengan agensi luar dan pemegang taruh, perlu berhemah dalam menyampaikan maklumat, mendokong dasar kerajaan semasa dengan konsep Malaysia Madani, dan
menerapkan dalam diri sikap kerjasama yang kukuh serta proaktif.Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Disember 2023 yang
disandang oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Belia dan Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan. Tahniah dan syabas diucapkan. Turut
diadakan sesi undian bagi Kejohanan Bola Tampar Liga Tengkorak JBSNPs.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi staf yang menyambut hari lahir pada bulan Januari β
Februari 2024 dan sesi pemotongan kek. Selamat hari lahir diucapkan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI(PEGAWAI PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 23 Januari 2024 - Taklimat Malaysia MADANI : 'An overview' Siri 2 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBSNPs.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Ketua Bahagian Rakan Muda bagi menerangkan dengan lebih mendalam mengenai Konsep Malaysia Madani.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI(PEGAWAI PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 22 Januari 2024 - Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menghadiri Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Tuan Mohd Azhari
Mohamad secara atas talian pada pagi ini.Semoga amanat yang disampaikan dapat memberi maklumat dan semangat kepada semua pegawai dalam menjalankan tugas dengan penuh
berintegriti dan amanah.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI(PEGAWAI PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 21 Januari 2024 - Perlawanan antara Bahrain dan Malaysia menyaksikan bukan tuah Malaysia apabila mengalami kekalahan 0-1 semalam.Tayangan Big Screen yang diadakan
semalam menghimpunkan lebih 200 orang peminat Harimau Malaya bagi memberi sokongan padu kepada bola sepak kita walaupun telah merobek kekecewaan di saat akhir.Tayangan
diserikan lagi dengan kehadiran legend bola sepak Perlis iaitu Kaironnisam Shahabudin dan Amar Rohidan dalam sesi Meets and Greets. Turut diadakan Taklimat Ringkas berkaitan
PADU oleh Tuan Pengarah DOSM Perlis sendiri, Encik Hamka bin Ismail yang turut sama menyaksikan perlawanan semalam bersama Encik Hanaffi Rahman, Timbalan Pengarah Belia
JBSNPs.Lain-lain aktiviti yang diadakan antaranya Sepakan Penalti, Tennis Football, Sports Stacking dan Cabutan Bertuah.Jumpa di Tayangan Big Screen pada 25 Januar 2024 nanti
menentang Korea Selatan. Teruskan menyokong pasukan Harimau Malaya kita.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NAZMI BIN TIRMIZI(PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 16 Januari 2024 - Tayangan Skrin Besar "AFC Asian Cup Qatar 2023" telah diakan pada pagi ini bertempat di Perkarangan Kolam Renang, Kompleks Sukan Tuanku Syed
Putra.Turut diadakan aktiviti Cabutan Bertuah, Sepakan Penalti, Tennis Football, Sport Stacking bagi merancakkan program ini.Turut hadir YB Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan
Negara, Encik Fauzi Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan JBSNPs dan Encik Kamarunzaman Abd Hamid, Ketua Bahagian Rakan Muda. Terima kasih warga Perlis yang turun
padang sama-sama menyaksikan perlawanan ini.Kekalkan momentum anda untuk menyatakan sokongan padu pada aksi perlawanan seterusnya.
Jumpa nanti . Selamanya Harimau Malaya !!
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NAZMI BIN TIRMIZI(PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Perlis, 10 Januari 2024 - Kelab Sukan dan Kebajikan JBSN Perlis melalui Biro Kebajikan berkesempatan untuk mengadakan ziarah kasih di Sanglang dan Mata Ayer untuk melawati
ibukepada Puan Hasliza Morad yang menghidapi kanser dan ibu kepada pelajar praktikal, adik Syaifuddin yang menghidapi stroke.Hadir bersama Encik Kamarunzaman bin Abd
Hamidselaku Pengerusi kelab yang turut menyampaikan sumbangan.Turut hadir, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah JBSNPs.βSyafakallah syifaan ajilan, syifaan
la yughadiru baβdahu saqaman.βArtinya: βSemoga Allah memberikan kesembuhan padamu secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnyaβ.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI(PEGAWAI PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 5 Januari 2024 β Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (KSKJBSNPs) telah menganjurkan Majlis Lambaian Kasih, Selembar Kenangan
sempena persaraan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis, YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Mat Daud di mana semalam merupakan hari terakhir beliau di jabatan ini dan
bersara wajib.Majlis yang bertemakan retro diadakan di Regency Gold, Aras 11, Putra Regency Hotel Kangar turut dihadiri oleh Encik Mohd Hanafffi bin A. Rahman, Timbalan
Pengarah Belia, Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan, Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Pengerusi KSK JBSNPs serta ahli-ahli kelab.Tuan Pengarah
menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga JBSNPs kerana telah memberi sokongan padu serta kerjasama yang baik di dalam melaksanakan tugas
sepanjang beliau bersama-sama jabatan ini.Selamat bersara bos. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, sentiasa ceria bersama keluarga
sepanjang masa dan semoga kenangan yang telah dicipta menjadi kenangan yang paling indah dan sentiasa dalam ingatan.