Kangar, 8 Mac 2024 - Telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi dan Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada petang ini bertempat di Bilik
Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Fauzi Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan merangkap
Pengerusi Komunikasi dan Media JBSNPs.Mesyuarat ini diadakan bagi menbentangkan KPI tahunan pelaporan Portal dan Media Sosial bagi tahun 2023. Tuan
Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa media kerana telah mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan
Negara.Turut diadakan lantikan jawatankuasa baru bagi tahun 2024 diharap dapat memantapkan lagi penyampaian berita melalui portal dan media sosial seterusnya
mencapai KPI yang telah ditetapkan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 241
