Kangar , 30 April 2024 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Bagi Program Bumi: Lestari Hijau Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 telah diadakan pada
petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd
Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Antara wakil agensi yang turut hadir adalah Jabatan Agama
Islam Negeri Perlis (JAIPs), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Kuala Perlis dan GRASS Perlis. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan menyelaras peranan setiap agensi dan badan
bukan kerajaan (NGO) serta perjalanan program yang akan berlangsung pada 18 Mei 2024 nanti.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 242
