
Kangar, 21 Januari 2024 - Perlawanan antara Bahrain dan Malaysia menyaksikan bukan tuah Malaysia apabila mengalami kekalahan 0-1 semalam.Tayangan Big Screen yang diadakan
semalam menghimpunkan lebih 200 orang peminat Harimau Malaya bagi memberi sokongan padu kepada bola sepak kita walaupun telah merobek kekecewaan di saat akhir.Tayangan
diserikan lagi dengan kehadiran legend bola sepak Perlis iaitu Kaironnisam Shahabudin dan Amar Rohidan dalam sesi Meets and Greets. Turut diadakan Taklimat Ringkas berkaitan
PADU oleh Tuan Pengarah DOSM Perlis sendiri, Encik Hamka bin Ismail yang turut sama menyaksikan perlawanan semalam bersama Encik Hanaffi Rahman, Timbalan Pengarah Belia
JBSNPs.Lain-lain aktiviti yang diadakan antaranya Sepakan Penalti, Tennis Football, Sports Stacking dan Cabutan Bertuah.Jumpa di Tayangan Big Screen pada 25 Januar 2024 nanti
menentang Korea Selatan. Teruskan menyokong pasukan Harimau Malaya kita.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NAZMI BIN TIRMIZI (PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 134


