Kangar, 10 Mac 2024 – Membudayakan gaya hidup sihat di kalangan komuniti terus menjadi keutamaan Skuad Senamrobik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Antara aktiviti yang dijalankan demi menjayakan agenda tersebut adalah melalui Program Senamrobik sempena Karnival Sukan Bendang Komuniti Kampung
Sempering, Kangar.Program bermula seawal jam lapan pagi tersebut berjaya menarik 50 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh
pelusuk komuniti. Skuad Senamrobik JBS Perlis yang mengetuai aktiviti kecergasan tersebut aktif mempromosikan gaya hidup sihat di seluruh Negeri Perlis dan
berharap agar komuniti setempat dapat menyertai program anjuran JBS Perlis demi mengekalkan tahap kesihatan yang baik disamping membudayakan sukan dalam
kehidupan.Antara akviti yang yang turut dijalankan adalah Pertandingan Bola Jaring Bendang dan Bola Sepak Bendang Tujuh Sebelah.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN SURINA BINTI RAMLI (PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 256
