Kangar, 3 Mei 2024 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kelab Rakan Muda yang baru telah diadakan di Rumah Pengerusi JPKKP
Kampung Tok Kandang. Seramai 18 orang yang telah hadir merangkumi anak muda dan belia-belia kampung.Keputusan mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman bin Bahari sebulat suara bersetuju untuk meluluskan nama kelab rakan muda sebagai Kelab Rakan Muda
Kampung Tok Kandang. Jawatankuasa mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Encik Muhammad Fitri bin Abdul Rahman sebagai Pengerusi
Kelab Rakan Muda yang baru.Mesyuarat berjalan dalam suasana harmoni, santai dan lancar. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah
persetujuan penubuhan persatuan, meluluskan nama pertubuhan, meluluskan alamat tempat urusan, meluluskan perlembagaan pertubuhan serta
pelantikan ahli jawatankuasa penaja.Turut hadir Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
JBSNPsEncik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNPs dan para pegawai Rakan Muda JBSNPs.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 254
