Majlis ini turut dihadiri oleh YB Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara (Senator) dan Puan Noor’azah bt Ali@Ahmad, Penolong Pendaftar, Pejabat
Pertubuhan belia Zon Utara sebagai pakar rujuk, Saudara Mohd Fairus Rosli, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Ketua -ketua jabatan dan
wakil agensi, Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Negeri Perlis, Pengerusi-pengerusi Persatuan Gabungan dan Persatuan Tunggal serta Majlis
Perwakilan Pelajar.Dua pembentangan telah diadakan pada kali ini iaitu “Ekosistem Keusahawanan MARA Yang Holistik” oleh Encik Mohammad
Hassnan Hafiz bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Pejabat MARA Negeri Perlis Negeri Perlis dan “Kod Sukan Selamat“
yang dibentangkan Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Semoga pembentangan ini dapat
memberi input yang bermanfaat dan disebarkan secara meluas untuk belia-belia Perlis.Acara kemuncak adalah agenda utama majlis iaitu
pembentangan usul. Sebanyak 8 usul telah dibahaskan pada kali ini. Semoga usul yang dibentangkan ini dapat dibawa ke peringkat yang
sewajarnya untuk diperhalusi dalam mencari titik penyelesaian.Pada akhir progam, majlis turut diserikan dengan kibaran jalur gemilang dan
nyanyian lagu kemerdekaan oleh semua ahli majlis sempena sambutan bulan kemerdekaan.Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini. Semoga berjumpa lagi.
DISEDIAKAN OLEH :CIK NUR HASLINA BINTI IBRAHIM SAHATI(BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)