Perlis 14 Julai - Telah berlangsung bagi Program Senamrobik Komuniti Peringkat Negeri Perlis 2024 SIRI 8 dan 9 dikelola KBSi yang telah dilantik bertempat di 10 Komuniti yang
telah di susun iaitu Komuniti Changkat Lada , Komuniti Sempering , Simpang Ampat, Kg Bongkok, Padang Besar , Taman Wai Permai Kuala Perlis
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Pauh, 12 Julai - Telah berlangsung E-sports Volunteer Roadshows 2024 Zon Utara bertempat di Universiti Malaysia Perlis. Program ini berlangsung selama 3 Hari bermula 11 Julai
hingga 13 Julai 2024 yang dihadiri para peserta seluruh anak belia Negeri Perlis termasuk pelajar-pelajar IPT di Negeri Perlis. Majlis perasmian berlangsung pada hari ini yang
dirasmikan oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama-sama para tetamu daripada
Persatuan E-Sports Negeri Perlis, Persatuan E-Sports Kedah dan juga Persatuan E-Sports Negeri Pulau Pinang. Tujuan program ini diadakan bagi inisiatif JBSN dalam pelan dan
hala tuju dalam kesukarelawanan di bawah Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) disamping pengurusan program dalam sukan Esports di Malaysia. Tahniah dan syabas
diucapkan para peserta dalam komitmen menghadiri program ini.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
Alor Setar, 10 Julai - Telah berlangsung Taklimat bagi Pelaksanaan "Open Day Dana KBS" dan semakan dokumen Dana Sukan Komuniti (DSK) Zon Utara bertempat di Kompleks
Belia dan Sukan Negeri Kedah. Taklimat tersebut di hadiri beberapa Persatuan/Kelab di negeri Kedah dan Perlis. Taklimat disampaikan oleh pegawai sekretariat Dana Sukan
Komuniti (DSK) Jabatan Belia dan Sukan Negara. Sesi diteruskan dengan semakan dokumen-dokumen Dana Sukan Komuniti(DSK) bagi negeri Kedah diikuti dengan negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
Kangar, 9 Julai - Majlis Penutup Program Reben Kuning Peringkat Negeri Perlis 2024 telah disempurnakan oleh Puan Siti Hasmah binti Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia
dan Sukan Negeri Perlis yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis.Turut bersama adalah PKP Tuan Rizalma bin Che Abdul Hamid, Pengarah Pusat Koreksional
Perlis, En. Nordin bin Mohamad Yusof, Penolong Pegawai Latihan Vokasional mewakili Pengarah IKBN Kuala Perlis, urusetia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, pegawai-
pegawai dari Jabatan Penjara dan Pusat Koreksional Perlis, tenaga pengajar IKBN Kuala Perlis, serta para peserta (prospek) Program Reben Kuning yang diraikan. Program
selama 4 hari (6 - 9 Julai 2024) ini diharapkan dapat memberi peluang kepada peserta melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu prospek meneruskan
kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan serta membina perspektif positif masyarakat terhadap bantuan untuk meneruskan kehidupan lebih baik.Jabatan Belia
dan Sukan Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi kerajaan, para peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan Program Reben Kuning Peringkat Negeri Perlis 2024.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NUR HASLINA BINTI IBRAHIM SAHATI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Padang Besar , 8 Julai - Telah berlangsung bagi Program Senamrobik Komuniti Peringkat Negeri Perlis 2024 SIRI 7 dikelola KBSi Afif bertempat di Komuniti Padang Besar.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 8 Julai - Telah diadakan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Negeri Perlis 2024 Siri 8 dikelola KBSi Zue bertempat di Komuniti Bintong Denai Larian Pengkalan Asam.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 7 Julai - Telah berlangsung bagi Program Senamrobik Komuniti Peringkat Negeri Perlis 2024 Siri 7 dikelola KBSi Rafiq bertempat di Komuniti Guar Halban.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
7 Julai 2024 - Seramai 30 orang terdiri dari warga emas hadir memeriahkan Aktiviti Senaman Warga Emas. Bertempat di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis, program ini
membudayakan gaya hidup sihat khususnya di kalangan warga emas demi memastikan golongan ini turut serta dalam usaha Jabatan ini ke arah mewujudkan masyarakat yang
aktif dan sihat. Hadir sama memeriahkan acara, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Encik Fauzi Bin Abdullah Saleh.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
7 Julai 2024, Kangar - Program Rakan Digital: Kursus Pengekodan Peringkat Negeri Perlis telah dilaksanakan bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kangar selama 2 hari
bagi Siri 1 dan 2 pada 6 dan 7 Julai 2024. Program ini memfokuskan salah satu daripada 10 gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Digital.Seramai 80 peserta telah hadir bagi
Program Rakan Digital: Kursus Pengekodan yang merupakan antara platform pendedahan buat golongan belia tentang manfaat dan kelebihan pengekodan yang menjurus
kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengembangan daya kreativiti dan inovasi serta keupayaan membangunkan sesuatu perisian/ aplikasi baharu.Objektif program ini
adalah untuk menghubungkan bakat-bakat baharu dalam bidang pengekodan dan bagi mempromosikan Gaya Hidup Rakan Digital yang tergolong dalam inisiatif Rakan Muda
dan secara langsung menitikberatkan pengetahuan, perkembangan serta pengaplikasian teknologi digital.Turut hadir, Puan Siti Hasmah binti Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Puan Dayang Fazilah binti Borhan, Ketua Bahagian Teknologi Mekatronik Institut Latihan Perindustrian Kangar.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)