KANGAR, 20 Ogos – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Musa Salim melakukan satu kujungan hormat bersama pegawai-
pegawai kanan JBSN Perlis ke atas Menteri Besar Perlis, Y.A.B Tuan Mohd Shukri Ramli di pejabatnya hari ini.Pertemuan dua hala ini bertujuan
untuk memperkenalkan diri beliau yang baru menjadi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mulai 12 Ogos 2024 yang lalu. Di
samping itu beliau juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan beberapa program utama jabatan yang akan dilaksanakan oleh pihak
jabatan seperti Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis, persiapan Kontingen Negeri Perlis ke Kejohanan Sukan Para Sukma dan
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis untuk makluman Kerajaan Negeri Perlis.Diharapkan dengan pertemuan ini juga akan
menjadi pemangkin kepada JBSN Perlis untuk menyebar luaskan fungsinya dalam aspek pembangunan belia dan sukan di negeri ini.

DISEDIAKAN OLEH :CIK NUR HASLINA BINTI IBRAHIM SAHATI(BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 231