CHUPING, 30 November 2024 - Program Skills For Life @ Parlimen Padang Besar Asas Lukisan Inai, telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Operasi Belia Felda Chuping. Program ni adalah kerjasama diantara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Majlis Belia Felda Negeri Perlis.Peserta program ini terdiri dari belia yang berumur 15-30 tahun dan seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus pada kali ini.
Antara objektif dalam program ini ialah untuk memberi akses kepada belia dan komuniti setempat untuk mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan
seharian. Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh Encik Musa Bin Salim, Pengarah Jabatan Belia dan, Sukan Negeri Perlis dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Siti Hasmah Binti Hassan.Diharapkan kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan kemahiran kendiri.

DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 288