- JBS Perlis
- Hits: 134
???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Beseri, 8 Jun 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Memanah Dirilis Okcular Perlis bersama Kariah Masjid Jamek, Beseri, Perlis telah
menganjurkan Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Perlis 2024 pada tarikh 8 Jun 2024 (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di
Perkarangan Masjid Jamek, Beseri Perlis.Program melibatkan berapa acara seperti Memanah Tradisional, Bolatampar, Sepakraga Tuju, Sukan Tradisional, Sukaneka dan juga
Senamrobik. Program ini telah berjaya menarik minat masyarakat setempat khususnya komuniti kawasan Beseri untuk menyertai kesemua acara yang dipertandingkan dimana
melibatkan penyertaan lebih 500 orang. Ianya mensasarkan kesemua golongan peringkat samada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Antara vip yang terlibat dalam majlis
penyampaian hadiah kepada para pemenang kesemua acara adalah Tuan Hj.Abd Haris Bin Ishak (Mantan Pengarah JBS Perlis), Puan Siti Hasmah Binti Hassan (Tim.Pengarah
JBS Perlis), En.Fauzi Bin Abdullah Saleh (Pen.Pengarah JBS Perlis) serta En.Anuar (Pengerusi / Imam Masjid Jamek, Beseri. Program ini mendapat sambutan dan maklumbalas
yang positif dari komuniti setempat dalam aktiviti sukan yang diadakan amat diharapkan untuk penganjuran yang lebih kerap di kawasan luar bandar khususnya. Ianya juga
dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan juga memupuk hubungan silaturrahim di kalangan komuniti setempat.

DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 134