- JBS Perlis
- Hits: 175
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Kangar, 21 Ogos 2024 – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Sidang II Penggal ke-34 Sesi 2023-2024 telah berlangsung
pada hari ini bertempat di Regency Grand Ballroom, The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs Puan
Maznah bt Musa, Pengarah Pembangunan Negeri Perlis. Majlis ini adalah anjuran Majlis Belia Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan
Sukan Negeri Perlis.Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform dalam membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses
pembangunan belia pada semua peringkat, meneroka dimensi baru dalam agenda pembangunan belia selaras dengan scenario perubahan
semasa dan menzahirkan pelan tindakan bagi menangani sebarang isu pembangunan belia kesan daripada kemelesetan ekonomi semasa.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara (Senator) dan Puan Noor’azah bt Ali@Ahmad, Penolong Pendaftar, Pejabat
Pertubuhan belia Zon Utara sebagai pakar rujuk, Saudara Mohd Fairus Rosli, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Ketua -ketua jabatan dan
wakil agensi, Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Negeri Perlis, Pengerusi-pengerusi Persatuan Gabungan dan Persatuan Tunggal serta Majlis
Perwakilan Pelajar.Dua pembentangan telah diadakan pada kali ini iaitu “Ekosistem Keusahawanan MARA Yang Holistik” oleh Encik Mohammad
Hassnan Hafiz bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Pejabat MARA Negeri Perlis Negeri Perlis dan “Kod Sukan Selamat“
yang dibentangkan Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Semoga pembentangan ini dapat
memberi input yang bermanfaat dan disebarkan secara meluas untuk belia-belia Perlis.Acara kemuncak adalah agenda utama majlis iaitu
pembentangan usul. Sebanyak 8 usul telah dibahaskan pada kali ini. Semoga usul yang dibentangkan ini dapat dibawa ke peringkat yang
sewajarnya untuk diperhalusi dalam mencari titik penyelesaian.Pada akhir progam, majlis turut diserikan dengan kibaran jalur gemilang dan
nyanyian lagu kemerdekaan oleh semua ahli majlis sempena sambutan bulan kemerdekaan.Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini. Semoga berjumpa lagi.
DISEDIAKAN OLEH :CIK NUR HASLINA BINTI IBRAHIM SAHATI(BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 175