Kangar, 1 Disember 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Banggol Sena dan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah telah mengadakan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) - Kempen Derma Darah Peringkat Negeri bertempat di Giant Store, Kangar.Program ini bertujuan untuk membantu jumlah tabung darah hospital dan menggalakkan lebih ramai belia-belia khususnya untuk menderma darah.
Objektif program ini juga untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dalam kalangan belia yang bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi dan saling membantu antara satu sama lain.Pihak Jabatan mengucapkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah di atas kerjasama yang diberikan dan penderma- penderma yang hadir dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 266
