Kangar, 30 November 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis telah mengadakan program Rakan Litar: Track Day ATV Ride Peringkat Negeri Perlis bertempat di ATV Bintong, Wang Ulu Perlis.
Antara objektif dalam program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta mencuba sukan baharu dengan memastikan keselamatan dan undang-undang dipatuhi di samping menghimpunkan peminat sukan beroda dan bermotor bagi menggalakkan aktiviti sukan yang sihat dan terkawal.Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Musa Bin Salim dan Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Siti Hasmah Binti Hassan turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Diharapkan aktiviti ini dapat memberi mengisi masa lapang dan menarik minat belia untuk menceburi bidang sukan bermotor.
DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 172
