Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Perlis akan menganjurkan program Rakan Ekpresi : Pentas Bakat Seni pada 17 Mei 2025 bertempat di Dataran Boulevard, UNIMAP Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh. Daftar sekarang melalui kod QR yang tertera dan penyertaan adalah terhad AYUH BELIA-BELIA NEGERI PERLIS SERLAHKAN BAKAT ANDA DI PENTAS INI !!
Kangar, 4 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Hadiah bagi Perasmian Penutup Kejohanan Perahu Layar 11th Perlis Open Reggata 2025 disampaikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Musa bin Salim kepada para pemenang. Penyertaan menglibatkan peserta daripada beberapa negeri termasuk daripada negeri Perlis. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Β
Ayuh semua warga Perlis, nantikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2025 pada 17&18 Mei 2025 bertempat di UNIMAP Kampus UniCiti Alam, Sungai Chuchuh, Perlis π’π’π’
Bersatu sebagai belia Malaysia β yakin pada diri, berani melangkah, dan teguh menyumbang demi tanah air tercinta
Perak, 20 Disember 2024 - Golongan OKU Negeri Perlis diberikan pendedahan tentang aktiviti rekreasi luar melalui Program Inspire Ekplorasi Negeri Perlis 2024 bertempat di
Hutan Simpan Royal Belum Perak. Program selama tiga hari bermula 17 disember hingga 19 Disember 2024 tersebut melibatkan Seramai 40 orang peserta dari OKU pelbagai
kategori Negeri ini. Program anjuran bersama Persatuan Kanu Negeri Perlis tersebut turut memberi pelbagai ilmu asas Rekreasi luar kepada para peserta antara nya pengenalan
kepada asas kayak, asas keselamatan di air, ilmu bantu mula dan CPR, ikhtiar hidup di hutan, penjelahahan lasak, Kod Sukan Selamat dan khidmat masyarakat bersama warga
tempatan. Diharapkan program ini dapat memberikan ilmu tambahan kepada peserta dan melahirkan lebih ramai pencinta aktiviti rekreasi luar di masa akan datang khususnya
dari golongan OKU. Hadir sama menyerikan program, Encik Musa Bin Salim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis.
DISEDIAKAN OLEH :Β ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH :Β ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANΒ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 29 Disember 2024 - Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 4 sebanyak 3 siri bagi Kategori Keluarga B40 Peringkat Negeri Perlis 2024 telah menutup tirainya
pada hari ini bertempat di RNJ Swimming Academy, Arau.Objektif program ini antaranya adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan
selamat serta mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air. Selain itu, peserta
diterapkan kemahiran individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka dan membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat
dan dapat membantu mengurangkan stress dan risiko penyakit.Sijil penyertaan peserta dan Penghargaan kepada semua jurulatih renang bagi Siri 1 disampaikn oleh Encik Fauzi
bin Abdullah Saleh,Pegawai Belia Dan Sukan dan bagi siri 2 dan 3 disampaikan oleh Alzrie Helery Tisin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Negeri Perlis mewakili Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH :Β ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH :Β ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANΒ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 28 Disember 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan ESport Negeri Perlis telah menganjurkan Program Penggalakkan Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Perlis 2024 (ESport) pada tarikh 28 Disember 2024 (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Kompleks Belia dan SukanΒ Negeri Perlis.
Β
Program ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para belia di mana melibatkan seramai 120 orang peserta iaitu 28 pasukan bagi kategori PubgΒ manakala bagi kategori ML melibatkan seramai 80 orang iaitu 16 pasukan secara keseluruhannya. Program ini dilaksanakan khusus bagi penggiat sukan ESport terutamaΒ golongan belia dalam komuniti kawasan Perlis untuk menyertai program tersebut. Pemenang bagi kategori Mobile Legend (ML) adalah Peminat Aimangais (Johan), NewΒ dwtkXelegard (Naib Johan),Β Cadia.My (Ketiga dan Semadong Redgiant (Keempat). Manakala bagi kategori PUBG Mobile pemenangnya adalah Glazer (Johan), MYX (Naib Johan), Galau People (Ketiga) dan 4Champ (Keempat).
Β
Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai yang agak lumayan. Antara vip yang terlibat dalam majlis penyampaian sijilΒ dan hadiah kepada para peserta adalah En Wan Ahmad Yaziz Bin Wan Din (Pen.Pegawai Belia dan Sukan Bhg.Pembangunan Sukan JBS Perlis). Program ini mendapat sambutanΒ dan maklumbalas yang positif dari golongan belia darikomuniti setempat dalam aktiviti yang diadakan amat diharapkan untuk penganjuran yang lebih kerap khususnya bagi penggiat sukan baharu tersebut. Ianya juga dapat menggalakkan gaya hidup aktif dan juga memupuk hubungan silaturrahim di kalangan komuniti setempat.
DISEDIAKAN OLEH :Β ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH :Β ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANΒ (PENTADBIR PORTAL)