9 November 2024, Kangar - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama GRASS Perlis telah melaksanakan Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Siri 4 bertempat di Persisiran Pantai Kampung Padang Keria, Simpang Empat.Program ini telah berjaya mengutip 280 kg sampah ditepi pantai yang telah hanyut susulan daripada fenomena air pasang yang sering terjadi di negeri ini.
Turut hadir, Encik Musa bin Salim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat sepanjang 4 siri yang telah berlangsung !! Nantikan pelbagai program Rakan Muda yang akan datang !! Stay tuned
DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 156
