Perak, 20 Disember 2024 - Golongan OKU Negeri Perlis diberikan pendedahan tentang aktiviti rekreasi luar melalui Program Inspire Ekplorasi Negeri Perlis 2024 bertempat di
Hutan Simpan Royal Belum Perak. Program selama tiga hari bermula 17 disember hingga 19 Disember 2024 tersebut melibatkan Seramai 40 orang peserta dari OKU pelbagai
kategori Negeri ini. Program anjuran bersama Persatuan Kanu Negeri Perlis tersebut turut memberi pelbagai ilmu asas Rekreasi luar kepada para peserta antara nya pengenalan
kepada asas kayak, asas keselamatan di air, ilmu bantu mula dan CPR, ikhtiar hidup di hutan, penjelahahan lasak, Kod Sukan Selamat dan khidmat masyarakat bersama warga
tempatan. Diharapkan program ini dapat memberikan ilmu tambahan kepada peserta dan melahirkan lebih ramai pencinta aktiviti rekreasi luar di masa akan datang khususnya
dari golongan OKU. Hadir sama menyerikan program, Encik Musa Bin Salim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis.
DISEDIAKAN OLEH :Ā ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH :Ā ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 29 Disember 2024 - Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 4 sebanyak 3 siri bagi Kategori Keluarga B40 Peringkat Negeri Perlis 2024 telah menutup tirainya
pada hari ini bertempat di RNJ Swimming Academy, Arau.Objektif program ini antaranya adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan
selamat serta mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air. Selain itu, peserta
diterapkan kemahiran individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka dan membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat
dan dapat membantu mengurangkan stress dan risiko penyakit.Sijil penyertaan peserta dan Penghargaan kepada semua jurulatih renang bagi Siri 1 disampaikn oleh Encik Fauzi
bin Abdullah Saleh,Pegawai Belia Dan Sukan dan bagi siri 2 dan 3 disampaikan oleh Alzrie Helery Tisin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Negeri Perlis mewakili Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH :Ā ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH :Ā ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 28 Disember 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan ESport Negeri Perlis telah menganjurkan Program Penggalakkan Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Perlis 2024 (ESport) pada tarikh 28 Disember 2024 (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Kompleks Belia dan SukanĀ Negeri Perlis.
Ā
Program ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para belia di mana melibatkan seramai 120 orang peserta iaitu 28 pasukan bagi kategori PubgĀ manakala bagi kategori ML melibatkan seramai 80 orang iaitu 16 pasukan secara keseluruhannya. Program ini dilaksanakan khusus bagi penggiat sukan ESport terutamaĀ golongan belia dalam komuniti kawasan Perlis untuk menyertai program tersebut. Pemenang bagi kategori Mobile Legend (ML) adalah Peminat Aimangais (Johan), NewĀ dwtkXelegard (Naib Johan),Ā Cadia.My (Ketiga dan Semadong Redgiant (Keempat). Manakala bagi kategori PUBG Mobile pemenangnya adalah Glazer (Johan), MYX (Naib Johan), Galau People (Ketiga) dan 4Champ (Keempat).
Ā
Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai yang agak lumayan. Antara vip yang terlibat dalam majlis penyampaian sijilĀ dan hadiah kepada para peserta adalah En Wan Ahmad Yaziz Bin Wan Din (Pen.Pegawai Belia dan Sukan Bhg.Pembangunan Sukan JBS Perlis). Program ini mendapat sambutanĀ dan maklumbalas yang positif dari golongan belia darikomuniti setempat dalam aktiviti yang diadakan amat diharapkan untuk penganjuran yang lebih kerap khususnya bagi penggiat sukan baharu tersebut. Ianya juga dapat menggalakkan gaya hidup aktif dan juga memupuk hubungan silaturrahim di kalangan komuniti setempat.
DISEDIAKAN OLEH :Ā ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH :Ā ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 22 Disember 2024 - Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3 Kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) Peringkat Negeri Perlis 2024 telah menutup tirainya pada hari ini bertempat di RNJ Swimming Academy, Arau.Objektif program ini antaranya adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul danĀ selamat serta mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air.
Ā
Selain itu, peserta diterapkan kemahiran individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka dan membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat dan dapat membantu mengurangkan stress dan risiko penyakit.Sijil penyertaan peserta dan Penghargaan kepada semua jurulatih renang disampaiakn oleh Alzrie Helery Tisin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Negeri Perlis mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)
Kaki Bukit, 14 Disember - Telah berlangsung satu sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi peserta Perkhemahan Kadet St. John Ambulans Negeri Perlis bertempat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM) Perlis.
Ā
Encik Fauzi bin Abdullah Saleh selaku Ketua Penguji UKJK bersama 9 penguji menerima peserta seramai 64 orang bagi menjalani sesi UKJK tersebut. Tahniah kepada semua peserta
DISEDIAKAN OLEH :Ā ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH :Ā ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 7 Disember 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar (BERPADUU) telah mengadakan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2024 bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sena.Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa danĀ sumbangan yang telah diberikan oleh sukarelawan kepada negara dan masyarakat. Selain itu, merealisasikan usaha Kementerian untuk mewujudkan keswdaran, memupuk,Ā menggalakkkan dan melahirkan sukarelawan daripada setiap lapisan masyarakat terutamanya generasi muda yang prihatin, bertanggungjawab dan saling membantu antara satuĀ sama lain.
Ā
Sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia telah diisi dengan pelbagai aktiviti kesukarelawana seperti mengecat bebendul jalan, membuat papan tanda tayar, ZiarahĀ Kasih bersama asnaf, rewang HKBM bersama komuniti dan taklimat keselamatan.Turut hadir, Puan Maznah binti Musa Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis,Ā Encik Musa bin Salim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Khalil bin Hj Mohd Hashim Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri PerlisĀ dan ASP Suhaimi bin Awang Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.Sekalung penghargaan kepada semua pihak yangĀ terlibat di atas kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNINĀ (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH :Ā ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 2 Disember 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Banggol Sena telah mengadakan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2Ā Peringkat Negeri bertempat di Bustana Kucing, Sungai Batu Pahat.
Ā
Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dalam kalangan belia yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi. Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk nilai kasih sayang dan prihatin terhadap binatang.Sekalung penghargaan kepada pihak Bustana Kucing dan Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis di atas kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNINĀ (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH :Ā ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 1 Disember 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Banggol Sena dan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah telah mengadakanĀ Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) - Kempen Derma Darah Peringkat Negeri bertempat di Giant Store, Kangar.Program ini bertujuan untuk membantu jumlah tabung darah hospital dan menggalakkan lebih ramai belia-belia khususnya untuk menderma darah.
Ā
Objektif program ini juga untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dalam kalangan belia yang bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi dan saling membantu antara satu sama lain.Pihak Jabatan mengucapkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah di atasĀ kerjasama yang diberikan dan penderma- penderma yang hadir dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNINĀ (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH :Ā ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMANĀ (PENTADBIR PORTAL)