Kuala Lumpur, 17 November - Tahniah kepada Pasukan Senior Aerobic Dance Negeri Perlis yang berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan 2024! Persembahan memukau mereka melayakkan pasukan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500.00 serta pingat perak! 
Tidak ketinggalan, Pasukan Junior Negeri Perlis turut mencuri tumpuan apabila berjaya mendapat tempat ke-6 keseluruhan dalam kategori bawah 17 tahun. Sebelum ini, kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat saringan, membuktikan kehebatan anak jati Perlis di arena kebangsaan.Pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) ini memperlihatkan bakat luar biasa dari seluruh negara. Syabas dan tahniah buat Perlis! Terus harumkan nama negeri.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 180
