- JBS Perlis
- Hits: 106
Program Rakan Bumi : Lestari Alam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 Peringkat Negeri Perlis
30 September 2024 , Kangar - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Institut Kemahiran Belia Negara Negeri Perlis telah melaksanakan Program Rakan
Bumi : Lestari Alam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 Peringkat Negeri Perlis bertempat di Hutan Simpan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat.Program Rakan Bumi: Lestari Alam ini merupakan inisiatif Rakan
Muda di bawah di bawah Gaya Hidup Rakan Bumi sebagai pendedahan dan penerokaan kepentingan penjagaan kelestarian alam serta menyokong tema perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) iaitu "Beat The
Heat". Program ini juga bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan sebagai satu agenda nasional penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula
dari tahun 2021 hingga 2025.Program penanaman pokok ini telah disertai oleh 90 orang sukarelawan rakan muda bersama kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Sebanyak 100 batang anak pokok
pelbagai jenis termasuk 4 pokok yang merupakan simbolik penyerahan pokok kepada pemenang pertandingan LTdL Peringkat Pertama telah ditanam di tapak penanaman pokok antaranya adalah seperti pokok
merbau, meranti temak nipis dan merawan siput jantan.Turut hadir ke program ini ialah Encik Musa bin Salim , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Zaliha binti Abu Bakar, Pengarah Institut
Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis dan Encik Mohd Zohdi bin Shihabuddin, Pegawai Hutan Daerah Perlis Selatan.

DISEDIAKAN OLEH :CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 106