Generasi muda, pemacu perubahan. Selamat Hari Belia Negara 2025 kepada semua belia Malaysia! YAKIN BOLEH!
Tulus Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
- JBS Perlis
- Hits: 88
Generasi muda, pemacu perubahan. Selamat Hari Belia Negara 2025 kepada semua belia Malaysia! YAKIN BOLEH!
Tulus Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
3 HARI LAGII
Countdown bermula…. 3 hari lagi menjelang Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perlis! Ayuh Anak Muda dan belia-belia sertai pelbagai aktiviti menarik sempena Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perlis. Nyatakan aspirasi anda dengan #hashtag #HBN2025 #YakinBoleh
Jumpa anda disana..
3 HARI LAGII
Countdown bermula…. 3 hari lagi menjelang Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perlis! Ayuh Anak Muda dan belia-belia sertai pelbagai aktiviti menarik sempena Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perlis. Nyatakan aspirasi anda dengan #hashtag #HBN2025 #YakinBoleh
Jumpa anda disana..
Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis pihak Perlis FM berbesar hati menampilkan Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Musa bin Salim bersama Presiden Majlis Belia Negeri Perlis, Ts Jeffry bin Hassan sebagai tetamu khas dalam slot konti istimewa.
14 Mei 2025 (Rabu)
3.15 Petang
Perlis FM
Ikuti perkongsian eksklusif berkaitan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2025.
Program Jualan RAHMAH MADANI pada 18 Mei 2025 (Ahad) Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2025. Hampa boleh dapatkan barangan-barangan RAHMAH di lokasi berikut :-
Lokasi: Dataran Boulevard Kampus UniCiti Alam,
Padang Besar
Masa: 9.00 pagi hingga habis!!!
Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perlis kali ini lebih meriah dengan kehadiran 30 vendor jualan makanan & minuman yang pasti buat anda rambang mata!
Tempat : Dataran Boulevard, Kampus Uniciti Alam, Padang Besar
Tarikh : 17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
Bawa keluarga & rakan-rakan, jom makan, santai
Jangan lupa ambil gambar dan tag kami – #HBNFoodFest2025
Masuk PERCUMA
Ayuh tunjukkan skill "tarik sampai berbuih" dan rebut gelaran Raja Teh Tarik Perlis! 🏆🇲🇾
Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2025, Pihak Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis akan menganjurkan Pertandingan Cabaran Teh Tarik seperti ketetapan berikut :-
🗓️ Tarikh : 17 Mei 2025
⏰ Masa : 8.30 pagi sehingga 10 pagi
📍Tempat : Dataran Boulevard, Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh, Padang Besar, Perlis
Kangar, 11 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Malaysia American Football Association (MAFA) telah menganjurkan Program Pembangunan Sukan Baharu Klinik Flag Football Peringkat Negeri Perlis 2025 pada tarikh 11 Mei 2025 (Ahad) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Padang Bolasepak MPK Kangar, Perlis.Program ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para belia terutama pelajar sekolah menengah, IPT, kelab dan persatuan sekitar Negeri Perlis. Ianya melibatkan seramai 47 orang peserta lelaki dan perempuan berusia 16 tahun ke atas secara keseluruhannya. Program ini dilaksanakan khusus bagi penggiat sukan terutama golongan belia dalam komuniti kawasan Perlis untuk menyertai program tersebut. Para peserta didedahkan berkaitan teori dan praktikal Sukan Flag Football oleh pihak Teknikal dari MAFA. Para peserta telah menerima Sijil Penyertaan di samping cenderhati, hadiah mini game serta makan minum yang disediakan. Antara vip yang hadir dalam program tersebut adalah Tuan Mohd Nizam Bin Ismail (Pengarah Cawangan Pembangunan dan Penggalakkan KBS) dan En Fauzi bin Abdullah Saleh (Pen.Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Program ini mendapat sambutan dan maklumbalas yang positif dari golongan belia darikomuniti setempat dalam aktiviti yang diadakan amat diharapkan untuk penganjuran yang lebih kerap khususnya bagi penggiat sukan baharu tersebut. Ianya juga dapat menggalakkan gaya hidup aktif dan juga memupuk hubungan silaturrahim di kalangan komuniti setempat.
Jom sertai Pertandingan Pakaian Tradisional anjuran Kelab Belia Banjaran Nakawan dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2025
18 Mei 2025 (Ahad)
2:00 - 5:00 petang
Dataran Boulevard, Kampus Uniciti Alam, Padang Besar
Jumlah Hadiah: RM 700.00
Hadiah Kemenangan:-
1st place: RM 350.00
2nd place: RM 250.00
3rd place: RM 100.00
Yuran penyertaan adalah percuma & terhad kepada 20 orang peserta
Link Pendaftaran
https://forms.gle/LmYQ3ZEtBjAqZ8Qe8
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Nafiz di talian (+6013-6490708)
Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50