Kangar, Perlis, 10 Ogos 2024 - Program Senamrobik Komuniti diteruskan lagi di 10 Komuniti dan PPR seluruh negeri Perlis selama 32 minggu . Program siri ke-11 dan 12 ini telah
dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Kecergasan Aura melibatkan 10 orang Instruktor yang bertauliah dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
Program ini juga mampu mengekalkan minda yang cerdas dan jiwa yang harmoni . Budaya suka bersenam adalah agenda yang utama yang diterapkan kepada semua
masyarakat dibandar dan diluar bandar.Program ini akan diteruskan pada minggu hadapan untuk siri seterusnya.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, Perlis ,10 Ogos 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Pickleball Kebangsaan telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Baharu
Pickleball Peringkat Negeri Perlis 2024 pada tarikh 10 Ogos 2024 (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Program melibatkan Klinik Asas Pengenalan Sukan Baharu Pickleball oleh barisan teknikal Persatuan Pickleball Kebangsaan mengenai cara dan teknik permainan tersebut di
samping teori dan praktikal. Program ini telah berjaya menarik minat masyarakat setempat khususnya komuniti kawasan Perlis untuk menyertai program yang diadakan dimana
melibatkan penyertaan lebih 52 orang terdiri dari guru Dan pelajar sekolah menengah sekitar Negeri Perlis serta penggiat sukan. Antara vip yang terlibat dalam majlis penutup
dan penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta adalah Pn.Siti Hasmah Binti Hassan (Tim.Pengarah JBS Perlis). Program ini mendapat sambutan dan maklumbalas yang
positif dari komuniti setempat dalam aktiviti sukan yang diadakan amat diharapkan untuk penganjuran yang lebih kerap khususnya bagi penggiat sukan baharu tersebut. Ianya
juga dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan juga memupuk hubungan silaturrahim di kalangan komuniti setempat.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, Perlis, 9 Ogos 2024 - Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Siri 8 diteruskan lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Perlis. Program siri ke-8 ini telah
dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Dan PESRON Perlis.Dengan kehadiran 80 orang peserta terdiri dari OKU pelbagai
kategori, program ini berlangsung meriah dengan membawa senyuman kepada para peserta selain dari memupuk gaya hidup hidup sihat. Program ini juga mampu mengekalkan
minda yang cerdas dan jiwa yang harmoni. Program ini kan diteruskan pada minggu hadapan untuk siri yang ke 9.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, Perlis, 3 Ogos 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Negeri Perlis telah menganjurkan Kejohanan Seni Mempertahankan
Diri (SMD) Peringkat Negeri Perlis 2024 pada tarikh 3 Ogosl 2024 (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Program melibatkan acara Taekwondo dimana sebanyak 25 kategori telah dipertandingkan. Program ini telah berjaya menarik minat masyarakat setempat khususnya komuniti
kawasan Perlis untuk menyertai acara yang dipertandingkan dimana melibatkan penyertaan lebih 117 orang. Antara vip yang terlibat dalam majlis penyampaian hadiah kepada
para pemenang adalah Pn.Siti Hasmah Binti Hassan (Tim.Pengarah JBS Perlis) dan En.Fauzi Bin Abdullah Saleh (Pen.Pengarah Sukan JBS Perlis).Program ini mendapat sambutan
dan maklumbalas yang positif dari komuniti setempat dalam aktiviti sukan yang diadakan amat diharapkan untuk penganjuran yang lebih kerap khususnya bagi penggiat sukan
tersebut. Ianya juga dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan juga memupuk hubungan silaturrahim di kalangan komuniti setempat.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
3 Ogos 2024 - Kangar, 30 orang terdiri dari kanak kanak hingga warga emas hadir memeriahkan Program Fit Komuniti Negeri Perlis siri ke 7. Program mendaki Gunung Medan ini
bermula seawal jam 7.00 pagi turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Siti Hasmah Binti Hassan. Semoga program
ini dapat diteruskan di masa mendatang demi memupuk gaya hidup sihat dan aktif.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, Perlis, 1 Ogos 2024 - Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Siri 7 diteruskan lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Perlis. Program siri ke-7 ini telah
dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Dan PESRON Perlis.Selain dari memupuk gaya hidup hidup sihat program ini mampu
mengekalkan minda yang cerdas dan membawa senyuman di kalangan peserta.Program ini kan diteruskan pada minggu hadapan untuk siri yang ke 8.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 31 Julai - Seramai 30 orang terdiri dari warga emas hadir memeriahkan Aktiviti Senaman Warga Emas. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Perlis, program ini
membudayakan gaya hidup sihat khususnya di kalangan warga emas demi memastikan golongan ini turut serta dalam usaha Jabatan ini ke arah mewujudkan masyarakat yang
aktif dan sihat. Program pada kali ini dijayakan dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Peehubungan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 31 Julai 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Bil.4 2024 dipengerusikan oleh Puan Siti Hasmah binti Hassan, Timbalan Pengarah JBSNPs, Encik Fauzi bin
Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan serta ahli mesyuarat yang terlibat. Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama JBSNPs.Mesyuarat ini diadakan secara
berkala untuk membincangkan penyelarasan Pengurusan Kewangan, Sumber Manusia dan Pentadbiran serta Pelaporan dan Perancangan Bahagian Belia, Sukan dan Rakan
Muda.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOR ATIKAH BINTI JOHARI (BAHAGIAN PENTABIRAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)