- JBS Perlis
- Hits: 130
HEBAHAN PEMBUKAAN SEMULA KOMPLEKS RENANG, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS
KOMPLEKS RENANG , KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA, KANGAR, PERLIS BERMULA 20 JANUARI 2026
- JBS Perlis
- Hits: 130
KOMPLEKS RENANG , KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA, KANGAR, PERLIS BERMULA 20 JANUARI 2026
ARAU, 1 Jun 2025 - Selesai berlangsung Majlis Perasmian Perkampungan Menara Gading Perlis anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan Perlis (PKPIM) .YBrs Tn Musa B. Salim,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis berbesar hati menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Turut bersama menjayakan majlis tersebut YBrs Wan Mohd Yaseer Bin Mohd Abduh (Timbalan Rektor HEP, UiTM Cawangan Perlis) dan Saudara Nur Muhammad Naufal Bin Durokhman selalu YDP PKPIM Negeri Perlis. Program ini telah dianjurkan bermula 30hb Mei - 1 Jun 2025 dengan hasrat bagi mencapai objektif seperti berikut mendedahkan para peserta tentang kehidupan di kampus serta sistem pendidikan yang kompleks , melaksanakan latihan yang membentuk peranan mahasiswa dari segi kepimpinan dan keperibadian sebagai mahasiswa Islam yang unggul, memperkukuhkan pembangunan sahsiah mahasiswa agar berjiwa rohani, jasmani, emosi dan intelektual.Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis merakamkan syabas dan tahniah kepada PKPIM Perlis atas inisiatif penganjuran program ini dan semoga hasrat penganjuran program ini akan tercapai seterusnya merealisasikan antara agenda pembangunan belia di negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHAMAD FAIZAL BIN ABDUL MAJID (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
KANGAR, 31 Mei 2025 - Kompleks Seri Putra, Perlis menjadi saksi semangat belia apabila program Flag Off Konvoi Baton
sempena Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Negeri Perlis Zon Utara berlangsung dengan penuh meriah pagi ini.Majlis perlepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Perlis, Dr Noriman bin Rojulai.Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Musa bin Salim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Penolong Pengarah Belia, Puan Siti Hasmah binti Hassan serta Presiden Majlis Belia Negeri Perlis, Ts Mohd Jeffry bin Hassan.Konvoi jelajah Baton HBN 2025 yang digerakkan oleh Majlis Belia Negeri Perlis ini akan menamatkan perjalanannya di Alor Setar, Kedah sebelum diserahkan kepada Majlis Belia Negeri Kedah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Jelajah ini adalah simbolik semangat anak muda menjelajah dari negeri ke negeri bagi menuju kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2025 yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHAMAD FAIZAL BIN ABDUL MAJID (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 29 Mei 2025 - Telah berlangsung Kursus Penghasilan Cendawan Tiram Kelabu yang menglibatkan seramai 45 orang peserta terdiri daripada kalangan belia negeri Perlis.
Program ini adalah satu inisiatif penting dalam usaha memperkasa komuniti melalui ilmu kemahiran dan keusahawanan – khususnya dalam bidang pertanian moden dan penghasilan makanan.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, En Musa bin Salim. Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran Pegawai Pemantau dari \
Cawangan Pembangunan Ekonomi, En Mohd Saibie bin Ibrahim dan Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Pn Siti Hasmah bt Hassan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya tamatkan kursus dengan cemerlang!
Hari ini telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Bil. 4 Tahun 2025 di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis turut hadir dalam talian bagi perhimpunan tersebut.
Hebahan Buat Semua Warga Negeri Perlis...
PENYERTAAN KINI DIBUKA!!!
Program Master Sports Peringkat Negeri Perlis 2025 ( Boling Padang)
Tarikh: 14 Jun 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Lokasi: Gelanggang Boling Padang, Stadium Kangar, Perlis
Kategori Penyertaan:
*Kategori Perseorangan (Mixed Single)
Syarat-syarat Penyertaan:
1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Perlis
2. Berumur 40 hingga 60 Tahun
3. Tertutup Perlis
4. Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat berbilang bangsa,agama dan jantina.
5. Memakai pakaian yang bersesuaian
LINK UNTUK PENDAFTARAN DI SINI
https://forms.gle/vNTXeihs23nKUMqi8
Sebarang pertanyaan sila hubungi penyelaras program:
Encik Wan Ahmad Yaziz Bin Wan Din
012-4228171 / 04-9793505
Jumpa anda di sana!
Hebahan Buat Semua OKU Negeri Perlis...
PENYERTAAN KINI DIBUKA!
Anda berbakat dalam Sukan Futsal? Ini Peluang anda!
Liga Sukan OKU (LiSOKU) Peringkat Negeri Perlis 2025
Tarikh: 14 Jun 2025 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Lokasi: Arena Futsal, Stadium Kangar, Perlis
Kategori Penyertaan:
Pasukan Wanita: 12 orang
Pasukan Lelaki: 12 orang
Kategori Kecacatan yang Layak:
Fizikal
Penglihatan
Akal / Masalah Pembelajaran
Kerdil
Nota: Untuk kategori KECACATAN AKAL, penyertaan adalah terhad kepada maksimum 5 orang pemain dalam satu pasukan. Hanya 2 ORANG pemain dengan KECACATAN AKAL dibenarkan bermain di gelanggang pada satu-satu masa sahaja.
MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DAN PERATURAN PERTANDINGAN DI SINI
https://qr.me-qr.com/Cb4xzkGJ
Sebarang pertanyaan sila hubungi penyelaras program:
Encik Mohd Firdaus Amin Abdullah
013-5357336 / 04-9793505
Jumpa anda di sana!
𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 & 𝐖𝐀𝐋𝐊𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 💛💙
BSN Perlis telah menerima lawatan dari Pegawai Pemeriksa Belanjawan (BRO), Kementerian Kewangan hari ini. Sesi lawatan ke atas fasiliti tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada asas
untuk pertimbangan permohonan ABM2026. Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Usha a/p Thamotharan (Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara) dan Dr. Ridzuan Kushairi Mohd Ramli
(Ketua Penolong Setiausaha). Turut serta ialah Encik Othman Abdullah (Setiausaha Bahagian Kewangan KBS).Dalam pada itu, sesi lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan fungsi
fasiliti dan prestasi perbelanjaan jabatan telah disampaikan oleh Pengarah JBSN Perlis, Encik Musa Salim.
Kemaskini Terakhir: 17-10-2026, 12:00:19