MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM PERKAMPUNGAN MENARA GADING PERLIS ANJURAN PKPIM PERLIS

ARAU, 1 Jun 2025 - Selesai berlangsung Majlis Perasmian Perkampungan Menara Gading Perlis anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan Perlis (PKPIM) .YBrs Tn Musa B. Salim,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis berbesar hati menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Turut bersama menjayakan majlis tersebut YBrs Wan Mohd Yaseer Bin Mohd Abduh (Timbalan Rektor HEP, UiTM Cawangan Perlis) dan Saudara Nur Muhammad Naufal Bin Durokhman selalu YDP PKPIM Negeri Perlis. Program ini telah dianjurkan bermula 30hb Mei - 1 Jun 2025 dengan hasrat bagi mencapai objektif seperti berikut mendedahkan para peserta tentang kehidupan di kampus serta sistem pendidikan yang kompleks , melaksanakan latihan yang membentuk peranan mahasiswa dari segi kepimpinan dan keperibadian sebagai mahasiswa Islam yang unggul, memperkukuhkan pembangunan sahsiah mahasiswa agar berjiwa rohani, jasmani, emosi dan intelektual.Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis merakamkan syabas dan tahniah kepada PKPIM Perlis atas inisiatif penganjuran program ini dan semoga hasrat penganjuran program ini akan tercapai seterusnya merealisasikan antara agenda pembangunan belia di negeri Perlis.

DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHAMAD FAIZAL BIN ABDUL MAJID (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)

DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN  (PENTADBIR PORTAL)

Image
Jalan Hospital,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9793505 | Fax : 04-9762555

Email : jbsnperlis@kbs.gov.my
Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-perlis

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 11:34:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search