7 Julai 2024, Kangar - Program Rakan Digital: Kursus Pengekodan Peringkat Negeri Perlis telah dilaksanakan bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kangar selama 2 hari
bagi Siri 1 dan 2 pada 6 dan 7 Julai 2024. Program ini memfokuskan salah satu daripada 10 gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Digital.Seramai 80 peserta telah hadir bagi
Program Rakan Digital: Kursus Pengekodan yang merupakan antara platform pendedahan buat golongan belia tentang manfaat dan kelebihan pengekodan yang menjurus
kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengembangan daya kreativiti dan inovasi serta keupayaan membangunkan sesuatu perisian/ aplikasi baharu.Objektif program ini
adalah untuk menghubungkan bakat-bakat baharu dalam bidang pengekodan dan bagi mempromosikan Gaya Hidup Rakan Digital yang tergolong dalam inisiatif Rakan Muda
dan secara langsung menitikberatkan pengetahuan, perkembangan serta pengaplikasian teknologi digital.Turut hadir, Puan Siti Hasmah binti Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Puan Dayang Fazilah binti Borhan, Ketua Bahagian Teknologi Mekatronik Institut Latihan Perindustrian Kangar.

DISEDIAKAN OLEH : CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 154