KUNJUNGAN PERSATUAN PICKLEBALL NEGERI PERLIS KE JBSN PERLIS

Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Fauzi bin Abdullah Saleh telah menerima kunjungan daripada Presiden Persatuan Pickleball Negeri Perlis, Tuan Zainuddin Osman bersama barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pickleball Negeri Perlis pagi tadi.  Pertemuan ini memberi tumpuan kepada perancangan strategik bagi memperkukuh ekosistem pembangunan sukan Pickleball di peringkat akar umbi dan komuniti.   JBSN Perlis mengutarakan kepentingan persatuan menyediakan pelan strategik untuk membangun dan memajukan sukan mereka berserta resource mobilisation plan dengan KPI yang jelas.  Kunjungan hormat ini turut dihadiri Encik Wan Yaziz Wan Din dan Puan Jamilah Amzah dari Unit Pembangunan dan Penggalakan Sukan JBSN Perlis.  

Image
Jalan Hospital,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9793505 | Fax : 04-9762555

Email : jbsnperlis@kbs.gov.my
Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-perlis

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-10-2025, 09:11:16

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search