- JBS Perlis
- Hits: 56
PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KBS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025 MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA
- JBS Perlis
- Hits: 56
Kangar, 6 Mei 2025 - Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah mencatat sambutan luar biasa apabila lebih 300 peserta dari seluruh negeri telah menyertai program ini yang bertujuan mencari peserta yang layak untuk bertanding bagi sesi 2025 yang bermula dari 6 Mei 2025 sehingga 18 September 2025. 💪🏼
Aktiviti di dalam program saringan ini adalah seperi timbangan berat badan dan saringan kesihatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Team Sport Nutrion Academy (SNAC) turut hadir bersama dalam memberi ceramah mengenai pemakanan dan konsultasi percuma kepada peserta yang hadir.
Pelaksanaan program ini adalah untuk memperluaskan penerapan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat melalui program berbentuk pendidikan dan aktiviti sukan.
Turut hadir dalam program ini Encik Musa bin Salim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
