- JBS Perlis
- Hits: 48
KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU FLAG FOOTBALL PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025 BERMULA DENGAN SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN
- JBS Perlis
- Hits: 48
Kangar, 11 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Malaysia American Football Association (MAFA) telah menganjurkan Program Pembangunan Sukan Baharu Klinik Flag Football Peringkat Negeri Perlis 2025 pada tarikh 11 Mei 2025 (Ahad) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Padang Bolasepak MPK Kangar, Perlis.Program ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para belia terutama pelajar sekolah menengah, IPT, kelab dan persatuan sekitar Negeri Perlis. Ianya melibatkan seramai 47 orang peserta lelaki dan perempuan berusia 16 tahun ke atas secara keseluruhannya. Program ini dilaksanakan khusus bagi penggiat sukan terutama golongan belia dalam komuniti kawasan Perlis untuk menyertai program tersebut. Para peserta didedahkan berkaitan teori dan praktikal Sukan Flag Football oleh pihak Teknikal dari MAFA. Para peserta telah menerima Sijil Penyertaan di samping cenderhati, hadiah mini game serta makan minum yang disediakan. Antara vip yang hadir dalam program tersebut adalah Tuan Mohd Nizam Bin Ismail (Pengarah Cawangan Pembangunan dan Penggalakkan KBS) dan En Fauzi bin Abdullah Saleh (Pen.Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Program ini mendapat sambutan dan maklumbalas yang positif dari golongan belia darikomuniti setempat dalam aktiviti yang diadakan amat diharapkan untuk penganjuran yang lebih kerap khususnya bagi penggiat sukan baharu tersebut. Ianya juga dapat menggalakkan gaya hidup aktif dan juga memupuk hubungan silaturrahim di kalangan komuniti setempat.
