Kuala Perlis, 18 Mei 2024 - Lebih 150 pengunjung Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis mendapatkan khidmat gunting rambut secara percuma di Reruai Persatuan Belia Banggol Sena Perlis berteraskan Gaya Hidup Rakan Mahir.Terima kasih atas keterlibatan dalam menjayakan sambutan ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kuala Perlis, 18 Mei 2024 - Program Rakan Bumi: Lestari Hijau turut berlangsung sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di
Pesisiran Pantai Kuala Perlis. Lebih 500kg sampah dikutip di sini.Program ini diadakan menerusi inisiatif Rakan Muda telah memperkasa Gaya Hidup yang
memfokuskan kepada penjagaan alam sekitar iaitu Rakan Bumi di Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis.YB Hannah Yeoh turut berkesempatan bersama-sama
anak muda serta komuniti setempat dalam program ini sekaligus menyempurnakan majlis penutup Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JBSN (Pembangunan
Belia), Dr. Zainah Shariff Pihak Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Grass Perlis, Skuad
Sukarelawan Antidadah NEGERI PERLIS, Sekretariat Rakan Muda UniMAP, Sekretariat Rakan Muda KUIPs, IKBN Kuala Perlis dan lain-lain agensi dan komuniti
setempat yang turut sama menjayakan program ini."YAKIN BOLEH"
DISEDIAKAN OLEH : CIK NURHIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kuala Perlis, 18 Mei 2024 - Pertandingan Gusti Lengan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya
berteraskan Gaya Hidup Rakan Aktif bertempat di Khemah BERPADU.Pertandingan ini telah dikelola oleh Kelab Belia Perpaduan Kangar (BERPADU) dengan
kerjasama Persatuan Gusti Lengan Negeri Perlis.Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.Para pemenang menerima hadiah berupa
wang tunai dan hamper dan disampaikan oleh Encik Faizul bin Ebni, Pengerusi Persatuan Gusti Lengan Perlis, Ts Mohd Jeffry bin Hassan, Pengerusi BERPADU dan
Amir Imanudin bin Roslan, Timbalan Pengerusi BERPADU.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kuala Perlis, 18 Mei 2024 - Forum Keusahawanan Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya
berteraskan Gaya Hidup Rakan Niaga bertempat di Pentas Utama HBN.Forum ini telah dikelola oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan
Negeri Perlis.Topik yang dikupaskan adalah mengenai Sejauh Manakah Belia mampu bertahan dalam dunia Perniagaan di mana ia merupakan inisiatif bagi
menormalisasikan budaya ilmu keusahawanan dalam kalangan masyarakat terutama golongan belia.Program ini menampilkan panel istimewa iaitu Dr. Noor Kartina,
Pensyarah Kanan KUIPs dan Encik Afiq Masri, Founder/CEO Surico. Turut diadakan kuiz interaktif bagi memberi penerangan dengan lebih jelas kepada para peserta.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.Turut serta dalam forum ini adalah Barisan Kepimpinan Tertinggi rtinggi MBNPs diketuai Yang
Dipertua, Encik Izan Asmawi Habidan yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz interaktif. Turut bersama Encik Fadzil Nor, Pengerusi GPMS Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 19 Mei 2024 - Hari ini merupakan hari terakhir buat Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali bertugas di Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Perlis selepas bersama melaksanakan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis pada hari terakhir di Negeri Perlis.Pihak Jabatan
merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala sumbang bakti serta jasa dan keringat sepanjang berada di Jabatan ini. Pastinya Jasamu akan dikenang,
budimu akan disanjung. Semoga terus maju jaya di tempat baru.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOR ATIKAH BINTI JOHARI (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 18 Mei 2024 - Demi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga emas, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis meneruskan Program Senaman Warga
Emas bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Perlis.Ayuh semua Warga Emas Negeri Perlis kekalkan gaya hidup sihat.Jangan lupa temu janji kita pada 18 &
25 Mei 2024, 1,8 dan 15 Jun 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Perlis jam 8.00 Malam.Kita kekalkan gaya hidup sihat sambil mempelajari sukan Taichii.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 14 Mei 2024 - Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (KSKJBSNPs) telah mengadakan majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBSNPs.
Majlis ini diadakan buat anak Puan Surina, didoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Semoga Puan Surina dan keluarga diberikan ketabahan atas kehilangan anakanda yang tercinta.
Majlis doa selamat turut diadakan bagi memohon kelancaran dan kemudahan program Sambutan Hari Belia Negara yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Bacaan ini diketuai oleh Saudara Amin dan turut disertai ahli KSKJBSNPs.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN JAZILAWATI JA'AFAR(KETUA BIRO KEBAJIKAN KSKJBSNPs)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Sanglang, 12 Mei 2024 - Persatuan Sukan Elektronik Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menganjurkan Kejohanan eSukan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis bertempat di Dewan Iltizam SMK Sanglang, Perlis.
Program yang bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru kalangan anak-anak muda bagi menjadi pelapis dalam industri sukan Esports terutama negeri Perlis.
Program ini menjadikan program pertama di bawah Peruntukan Geran Padanan Sukan (GPS) bagi negeri ini. Untuk makluman, Geran Padanan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (GPS KBS) bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/ Koperasi/ Syarikat.
Majlis disempurnakan oleh Presiden Esports Malaysia, Encik Muhammad Naim Al Amin B. Shaharudin di majlis perasmian program tersebut. Turut hadir, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (JBSNPs), Encik Fauzi bin Abdullah Saleh memberikan hadiah kepada para pemenang di hari kedua program itu berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 13 Mei 2024 - Bagi melestarikan usaha dalam mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU terutamanya bagi yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik negara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Orang Kurang Upaya Negeri (PESRON) Perlis telah mengadakan Program I Train Peringkat Negeri Perlis bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Perlis.
Antara tujuan lain program tersebut adalah untuk memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam segala aspek pembangunan sukan.
Antara pengisian program adalah klinik sukan Para bagi memastikan atlet Para Negeri bersiap sedia bagi menghadapi sirkit kejohanan sukan seterusnya sebagai persiapan ke arah Temasya Sukan Para SUKMA Sarawak 2024.
Antara klinik sukan yang diadakan adalah klinik Sukan Boling Padang, Angkat Berat, Ping pong dan badminton. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada atket OKU pelbagai kategori hadir memeriahkan program tersebut.
Hadir sama merasmikan acara adalah Penolong Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Fauzi Bin Abdullah Saleh dan Pengerusi PESRON Perlis iaitu Encik Shaari Bin Kamis.
Diharapkan program ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama peserta seterusnya membentuk semangat berpasukan dan dapat melahirkan golongan OKU yang cergas dan berani serta berkeyakinan untuk menyertai kejohanan.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)