Kuala Perlis, 20 Mac 2024 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Bagi Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 telah diadakan bertempat di
Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan
Sukan Negeri Perlis. Antara wakil agensi yang turut hadir adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPS), Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Maahad Tahfiz Al-Hikmah. Turut hadir bersama, wakil daripada pihak masjid.Tujuan mesyuarat ini
diadakan adalah untuk membincangkan dan menyelaras perjalanan program yang akan berlangsung pada 28 Mac 2024. Antara cadangan program yang akan
dijalankan adalah pertandingan azan, pertandingan hafazan dan tadarus al-Quran.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NUR HIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 176
