- JBS Perlis
- Hits: 194
???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Kangar, 24 Ogos 2023 – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Sidang I Penggal ke-34 Sesi 2023-2024 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Maznah binti Musa,Pengarah Pembangunan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis bagi Sesi 2023-2024.
MPBN merupakan platform kepada belia menyuarakan pandangan secara terus kepada kerajaan melalui jabatan agensi kerajaan bahkan mereka akan terus menjawab dalam sesi yang sama. Jadi, menjadi harapan supaya segala usul dan pandangan yang telah dibentangkan dalam majlis ini dapat membantu meningkatkan produktiviti dan memajukan belia Malaysia khususnya di negeri Perlis. Turut diadakan Watikah Pelantikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis yang disampaikan oleh Puan Pengerusi bagi Sesi 2023-2024.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara (Senator) dan Encik Muhammad Khidir bin Mohd Fauzi Pegawai Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara sebagai pakar rujuk, Encik Ahmad Taufiq bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Saudara Hasnul Hanif bin Harun, Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia, jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Negeri Perlis, Pengerusi-pengerusi Persatuan Gabungan dan Persatuan Tunggal serta Majlis Perwakilan Pelajar.
Acara kemuncak adalah agenda utama majlis iaitu pembentangan usul. Sebanyak lapan usul telah dibahaskan sidang pertama pada tahun ini antaranya memperkenalkan program 1 NGO 1 Ekonomi, pengiktirafan aktivis belia, pusat aktiviti belia, isu sosial belia, pembentukan jati diri belia dan lain-lain lagi. Semoga usul yang dibentangkan ini dapat dibawa ke peringkat yang sewajarnya untuk diperhalusi dalam mencari titik penyelesaian.
Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 194
