Kangar, 8 Mei 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis.
Agenda utama mesyuarat diadakan bagi membentangkan pelaksanaan program dan aktiviti sempena Sambutan HBN Peringkat Negeri Perlis yang disampaikan oleh Encik Sazali Saad, Penyelaras Program HBN24 dari Majlis Belia Negeri Perlis. Sambutan HBN diadakan secara karnival berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi,Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin yang mensasarkan penglibatan dan penyertaan seramai 35,000 orang secara fizikal dan virtual bertemakan “Yakin Boleh”. Sebanyak 30 program dan aktiviti akan disajikan pada "Road to HBN24" dan pada 18-19 Mei 2024 bertempat di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, Perlis.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan peranan agensi terlibat yang turut sama bekerjasama menjayakan Sambutan HBN2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi di samping penglibatan Persatuan Belia Negeri Perlis
Turut hadir Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Jeffrey bin Hassan Penolong Bendahari Majlis Belia Negeri Perlis, Encik Kamarunzaman bin Abd. Hamid, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNPs serta pegawai -pegawai Bahagian Belia dan Rakan Muda JBSNPs.
Pihak jabatan merakamkan ribuan terima kasih di atas kehadiran agensi terlibat dalam menjayakan program sambutan ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 3 Mei 2024 – Ibarat matahari yang menyinari bumi bermula dinihari dan pulang dikala senja. Begitu juga di dalam pekerjaan, sudah menjadi adat resam dalam kehidupan setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Satu Majlis Perpisahan sempena Pertukaran Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Majlis Perpisahan ini meraikan Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Belia, Encik Mohd Nazmi bin Tirmizi, Pegawai Pembangunan dan Penggalakan Sukan yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali, Pegawai Pembangunan Sosial bertukar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jitra, Kedah.
Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mengucapkan jutaan terima kasih atas segala perkongsian ilmu, tunjuk ajar, bakti dan budi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sini. Semoga terus melakar kecemerlangan di tempat baharu dan diharapkan agar tidak melupakan kami di sini. Semoga ikatan ukhwah yang terbina tidak terhenti disini. Selamat maju jaya dan terima kasih sekali lagi.
Kangar, 3 Mei 2024 - Pada pagi ini telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tahun 2024 seliaan Unit Rakan
Muda.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', Negeri Perlis dan Lagu Perkhidmatan Awam serta bacaan doa yg dipimpin oleh Encik
Mohd Noorahimi bin Ramli diikuti dengan ucapan amanat daripada Timbalan Pengarah Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman.Dalam ucapan yang
disampaikan, beliau memohon dan mengingatkan para pegawai dan kakitangan berkaitan amanah dalam menjalankan tugas masing-
masing.Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bermula dari Bulan Januari hingga Bulan April
2024.Berikut merupakan Penerima Pekerja Terbaik Bulanan
Januari - Wan Nouriedah binti Megat Ghazali/ Muhamad Ruzaimy bin Abd Rahim
Februari - Alzrie Helery Tisin/Rafidah binti Husain
Mac - Mohd Amiruddin bin Zolkepli / Nur Hidayu Natasya bin Mohd Zulkrnin
April - Mohd Noorahimi bin Ramli / Rozi bin Ariffin
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah dan diharap dapat mengekalkan kecemerlangan. Majlis berakhir dengan sesi sambutan hari lahir bagi bulan April dan Mei 2024.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOR ATIKAH BINTI JOHARI (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)