Kangar, 14 Disember 2023 - Mesyuarat Pengurusan Bil. 12 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini dikendalikan oleh
Bahagian Pentadbiran dan dipengerusikan oleh Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Pengarah JBSNPs.Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan pelaporan bagi Bahagian Pentadbiran
dan Kewangan, Belia, Sukan, Rakan Muda dan KOMBES.Mesyuarat Pengurusan ini adalah mesyurat terakhir dilaksanakan bagi tahun ini sebelum Tuan Pengarah Encik Mohd Nizam
bin Mat Daud bersara wajib pada bulan hadapan. Terima Kasih atas segala tunjuk ajar & nasihat yang diberikan sepanjang Tuan Pengarah berada di JBSNPs.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN SHAHARANI BINTI ABD RAHMAN (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 14 Disember 2023 – Pada pagi ini telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi bulan Disember 2023 di Bilik Mesyuarat Utama,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Perhimpunan ini adalah seliaan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ , Negeri Perlis dan
Lagu Perkhidmatan awam kemudian bacaan doa serta diikuti dengan ucapan Tuan Pengarah. Dalam ucapan yang disampaikan, Tuan Pengarah memohon para pegawai untuk
menjaga etika kerja dalam menjalankan tugas supaya terus komited dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Beliau juga menasihatkan kepada semua pagawai dan
kakitangan supaya sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas masing-masing.Seterusnya, majlis diteruskan dengan Majlis
Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Ogos hingga November 2023. Bagi bulan Ogos disandang oleh Encik Norman bin Ahmad dan Puan Shaharani binti Abd
Rahman. Bagi bulan September disandang oleh Encik Mohd Firdaus Amin bin Abdullah dan Puan Nurhafizah binti Abdul Rahaman, manakala bagi bulan Oktober milik Puan Siti
Aisyah binti Azimat dan Puan Hasliza binti Morad. Bagi bulan November pula dianugerahkan kepada Puan Roshida binti Hashim dan Puan Jazilawati binti Ja'afar. Tahniah dan syabas
diucapkan. Semoga dapat mengekalkan prestasi dengan lebih cemerlang.Dalam majlis ini juga Tuan Pengarah berbesar hati menyampaikan Augerah Khas kepada pegawai yang
menghadiri kursus paling tinggi iaitu Encik Dziyaul Azhan bin Abdul Rahman bagi Kategori Lelaki dan Cik Nur Hidayu Natasha binti Mohd Zulkrnin bagi Kategroi Wanita manakala
Anugerah Khas diberikan kepada Encik Mohamad Faizal bin Abdul Majid atas pencapaian kutipan TKWAPEB yang sangat memberangsangkan pada tahun ini.Majlis diakhiri dengan
sesi pemotongan kek bagi pegawai yang lahir pada bulan September hingga Disember 2023. Selamat hari lahir diucapkan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN NURULHUDA BINTI ABDULLAH (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Sungai Padang, 10 Disember 2023 - 500 kilogram sampah sarap telah berjaya dikutip oleh para sukarelawan pada hari ini sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat
Negeri Perlis Tahun 2023.Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis ini telah diadakan di persisiran pantai Sungai Padang Keria bermula jam 8.30 pagi sehingga 11
pagi.Sebanyak 500 kilogram sampah sarap terutama botol plastik telah berjaya dikutip dalam masa dua jam sahaja oleh 100 orang sukarelawan yang terlibat.Sikap tidak
bertanggungjawab segelintir masyarakat dalam menjaga kebersihan harus dielakkan bagi menangani masalah berlakunya lambakan sampah di sekitar kawasan. Pihak Jabatan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Skuad Sukarelawan AADK Perlis, Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Trash Hero Perlis, MRSM Arau,
Sekretariat Rakan Muda KUIPS , Persatuan Belia Masjid, ABIM Perlis,Kelab Beliawanis Unggul Arau, Angkatan Belia MFLS, Kelab Belia Perpaduan,Pusat Ekonomi Digital
Batas Lintang yang terlibat atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan program ini.Turut hadir ialah dua orang Ahli Parlimen Belia Malaysia negeri Perlis
iaitu Muhammad Fadzil Nor bin Abd Manan dan Syahirunnisa binti Ramli.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NUR HIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Selesai Siri Ke-6 Senamrobik Malaysia@Aktif Komuniti Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Terima Kasih Kelab Senamrobik AURA Perlis. Terima Kasih Kejiranan RPA Mata Ayer 2 yang
sangat sporting & support hadir aktiviti senamrobik ini. Teruskan membudayakan sukan dalam aktiviti seharian. Love you alls Jumpa Lagi siri seterusnya. Stay tuned!
DISEDIAKAN OLEH : PUAN HASLIZA BINTI MORAD(PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Selesai Siri Ke-5 Senamrobik Malaysia@Aktif Komuniti Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Terima Kasih Kelab Senamrobik AURA Perlis . Terima Kasih Kejiranan RPA Simpang Empat 2 yang sangat sporting & support hadir aktiviti senamrobik ini. Teruskan membudayakan sukan dalam aktiviti seharian. Love you alls Jumpa Lagi siri seterusnya. Stay tuned!
DISEDIAKAN OLEH : PUAN HASLIZA BINTI MORAD(PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Langkawi, 3 Disember 2023 - Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU (PESRON) Negeri Perlis sentiasa menitikberatkan usaha pembangunan atlet OKU Perlis. Antara aktiviti yang
direncanakan ke arah merealisasikan usaha tersebut adalah melalui Penganjuran Program Trailwalk Komuniti PESRON Perlis 2023 yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah. Program
selama dua hari bermula kelmarin itu memberi pendedahan sukan rekreasi kepada 40 orang peserta dari kalangan OKU Perlis. Antara pengisian ya adalah jalan lasak sambil mengenali
tumbuhan herba semula jadi, keyakinan air dan aktiviti pengukuhan tadbir urus PESRON. Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan ilmu dan keyakinan diri para peserta
disamping mengeratkan hubungan di kalangan peserta.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD AMIN FIRDAUS BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 26 November 2023 - Selesai Siri Ke-4 Senamrobik Malaysia@Aktif Komuniti Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Terima Kasih Kelab Senamrobik AURA Perlis. Terima Kasih
Kejiranan RPA Kangar yang sangat sporting & support hadir aktiviti senamrobik ini. Teruskan membudayakan sukan dalam aktiviti seharian. Love you alls. Jumpa Lagi siri seterusnya.
Stay tuned!
DISEDIAKAN OLEH : PUAN HASLIZA BINTI MORAD(PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kuala Perlis , 25 November 2023 - Selesai Siri Ke-3 Senamrobik Malaysia@Aktif Komuniti Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Terima Kasih Kelab Senamrobik AURA Perlis.
Terima Kasih RPA Kuala Perlis / Kampung Nelayan yg sangat sporting & support hadir aktiviti senamrobik ini. Teruskan membudayakan sukan dalam aktiviti seharian. Love you alls.
Jumpa Lagi siri seterusnya. Stay tuned!
DISEDIAKAN OLEH : PUAN HASLIZA BINTI MORAD(PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Arau, 25 November 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Indera Youth dan K.A.J Komuniti Anak Muda Kg Jelempok telah mengadakan Program Malaysia Active@Motorsports Guar Sanji bertempat di Litar Kampung Guar Kecik, Kg Jelempok bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang hari ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk menarik minat generasi muda dalam menyertai aktiviti sukan lasak yang secara tidak langsung, mencegah golongan ini terlibat dengan aktiviti tidak bermoral khususnya lumba haram.
Turut hadir, Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang program tersebut. Pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan yang berusaha memastikan kelancaran program ini.
Seterusnya, tahniah diucapkan kepada barisan pemenang untuk setiap kategori yang disediakan. Semoga berjumpa lagi.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)