Kangar 6 Oktober 2023 - Skuad Sukarelawan Anak Malaysia negeri Perlis atau lebih dikenali dengan nama SATRIA telah melaksanakan program Mobilisasi SATRIA di bawah gaya hidup Rakan Prihatin bertempat di Bustana Kucing, Taman Ular dan Reptilia Perlis pagi ini.Seramai 30 orang sukarelawan SATRIA telah mengambil bahagian dalam program ini.
Antara pengisian aktiviti adalah membersihkan kawasan sangkar kucing dan kawasan sekitar, memberikan ubat cacing serta ubat kutu.
Bustana Kucing yang menempatkan hampir 2000 ekor kucing ini adalah inisiatif daripada En Mohd Taufik Md Zain selaku Pengarah Urusan.
Skuad SATRIA juga telah menyumbangkan keperluan makanan kucing kepada pihak Bustana Kucing yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, En Kamarunzaman bin Abd Hamid.Turut hadir Ahli Parlimen Belia negeri Perlis, Saudara Fadzil Nor bin Abd Manan.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD NOORAHIMI BIN RAMLI (BAHAGIAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 191
