Kangar, 31 Disember 2023 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Negeri Perlis telah melabuhkan tirai pada hariini bagi merealisasikan hasrat
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Program yang berlangsung selama 20 siri ini melibatkan aktiviti senamrobik dan zumba telah bermula pada bulan
Oktober dan berakhir hari ini.Pada siri ke 20 ini telah diadakan majlis meraikan semua yang telah terlibat menjayakan program ini disamping penyampaian sijil
penghargaan dan cabutan bertuah.Pihak jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Senamrobik AURA Perlis , PPR, RPA,
KRT dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.Teruskan mengamalkan gaya hidup sihat.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN HASLIZA BINTI MORAD (PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 196

