- JBS Perlis
- Hits: 427
?????????????????????????????????

Bukit Jalil, 3 November 2023 - Gelanggang Sudah Dibuka, Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan Kini Bermula! Kontinjen Perlis mencabar Kejuaraan. Sebanyak 3 acara dipertandingan iaitu acara Sepak Takraw, Bola Jaring dan Futsal.
Majlis Perasmian Pembukaan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2023 telah dirasmikan oleh YB Adam Adli bin Abd Halim Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Majlis Perasmian turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara En Abd Aziz bin Abd Rahman. Kontinjen Perlis diketuai oleh Encik Mohd Nizam Bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Pasukan Perlis menghadapi cabaran yang agak sukar di awal perlawanan bagi ke semua acara. Futsal Lelaki tewas pada perlawanan pertama bagi Kumpulan B iaitu tewas kepada pasukan dari Terengganu dan kemudian kembali bangkit menang menewaskan pasukan daripada Labuan.Mereka akan berentap pada hari sabtu ini bagi perlawanan ketiga menentang pasukan dari Pahang.
Pasukan Sepak Takraw berentap di kumpulan C tewas pada perlawanan pertama dengan pasukan dari Sabah kemudian kembali bangkit menang menewaskan pasukan daripada Labuan.Perlawanan seterusnya menentang pasukan dari Kedah akan dijalankan pada hari Sabtu.
Manakala, pasukan Bola Jaring agak cemerlang bagi saingan kumpulan D dengan menewaskan pasukan dari Pahang dan Johor.Bagi perlawanan seterusnya akan bermula pada jam 9:30 pagi hari Sabtu.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 427
