- JBS Perlis
- Hits: 245
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Kangar, 8 September 2023 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti dan Jawatankuasa Kerja Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 telah diadakan pada petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras aktiviti dan jawatankuasa gerak kerja program. Taklimat jawatankuasa kerja dan atur cara keseluruhan program telah disampaikan oleh Encik Alzrie Helery Tisin selaku Pegawai Projek Fit Malaysia Perlis.
Ayuh warga Perlis untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Program Fit Malaysia 2023 Peringkat Negeri Perlis nanti pada 17 September 2023 bertempat di Kompleks Sukan UniMAP. Jumpa di sana!!!
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 245
