Kangar, 5 Februari 2024 - JBSNPs dengan sukacita telah menerima kehadiran Pegawai baru, Cik Nur Haslina binti Ibrahim Sahati, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang melapor diri
pada hari ini. Encik Mohd Hanaffi bin A Rahman, Timbalan Pengarah Belia dan Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Sukan telah menyambut kedatangan beliau bagi
menyempurnakan sesi lapor diri secara rasmi.Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mengucapkan selamat datang. Beliau ditempatkan di Unit Pembangunan Kepimpinan,
Bahagian Pembangunan Belia. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh komited, dedikasi dan berintegriti dalam meningkatkan imej jabatan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN JAZILAWATI BINTI JA'AFAR (PEGAWAI UNIT PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 223








