BESERI, 30 Oktober - Program Reben Kuning Peringkat Negeri Perlis 2022 iaitu Kursus Kemahiran Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Minggu Pertama Sesi 1 dan 2
anjuran bersama Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jabatan Penjara Negeri Perlis, Kelab Belia Indera Kangar dan Institut Kemahiran
Mara (IKM) Beseri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NORMAN BIN AHMAD (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 29 Oktober 2022 - Majlis Penyerahan Bendera Para Sukma Kontinjen Perlis 2022 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan
Negeri Perlis yang disempurnakan oleh YB Tuan Hamizan Hassan, Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis. Temasya Para Sukma XX MSN 2022 akan akan berlangsung pada 1 hingga
6 November 2022 di Kuala Lumpur. Pada edisi kali ini sebanyak 6 acara sukan yang akan disertai oleh kontinjen Para Sukma Perlis iaitu Olahraga, Boling Padang, Angkat Berat,
Ping Pong, Badminton dan Tenpin Boling.Turut hadir Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Encik Mohd Irzat
Rozaidy bin Mohamad Roseli, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis. Berjuanglah sebaik mungkin!!!Anda hebat dan luar biasa!!!PERLIS BANGKIT!!!
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK FAUZI BIN ABDULLAH SALEH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 29 Oktober 2022 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Youth Agrotech
Teknikal Belia Tani Peringkat Zon Utara 2022 (Kursus Asas Penternakan Kambing) dengan jayanya bermula pada 25 OKTOBER 2022 dan berakhir semalam. Kursus ini diadakan di
Hotel Putra Regency Kangar, Perlis.Kursus selama 4 hari 3 malam ini telah melibatkan para peserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang seramai 20 orang berumur 18 sehingga
40 tahun. Kursus ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat belia- belia di negara ini di dalam bidang keusahawanan tani.Para peserta didedahkan dengan pelbagai
modul dan perkongsian sebagai persediaan menghadapi apa jua cabaran dan rintangan dalam dunia keusahawanan tani kelak terutamanya dalam bidang penternakan kambing.
Majlis penutup kursus telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, Dr Adam Abdullah Kwan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Perlis, Encik Mohd Hanaffi Bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Mohamad Iswadi Bin Al-Juhari dan Encik Mohd Izuan Bin
Saidin, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah .Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, Dr
Adam Abdullah Kwan.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHAMAD FAIZAL BIN ABDUL MAJID (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 20 Oktober - Webinar Youth Digital anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bertajuk Tiktok Content Creation bersama Kan Weng Honn, CEO CO-Founder Shelfi.
Webinar ini berkongsi cara-cara membuat content melalui aplikasi Tiktok bagi menambahkan kreativiti pengguna sehingga menjanakan pendapatan tambahan.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHAMAD FAIZAL BIN ABDUL MAJID (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Wang Kelian, 18 Oktober 2022 - Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai SATRIA telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 15 Oktober
2022 dan berakhir hari ini bertempat di Taman Negeri Wang Kelian, Perlis. Kursus selama 4 hari 3 malam ini telah melibatkan para peserta berumur 18 sehingga 35 tahun
diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat belia- belia di negara ini di dalam bidang kesukarelawanan. Para peserta didedahkan dengan latihan dan amali sebagai
persediaan menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.Terima kasih diucapkan kepada pihak NADMA, APM, IPSAS, UPM, PJRM dan TRASH HERO Perlis dalam menyampaikan
maklumat dan latihan kepada para peserta yang terlibat. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Ahli Dewan Negara, Tuan Seruandi bin
Saad.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 16 Oktober 2022 - Program Inisiatif Belia Sejahtera Kem Anak Muda (KAMU) 2022 Peringkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya bertempat di Kem Paya
Pahlawan Jitra Kedah yang bermula pada 14 Oktober 2022 dan berakhir hari ini. Program selama tiga hari dua malam ini telah disertai seramai 63 orang peserta melibatkan
modul pengisian seperti Forensik Diri, Pendedahan Peluang Pendidikan Latihan, Aktiviti Kemasyarakatan, Ceramah Narkotik dan Jenayah, Latihan Dalam Kumpulan, Aktiviti
Luar dan lain-lain lagi. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis anjuran bersama MKBBT
CAWANGAN KAMPUNG KOTA,PKPIM Perlis dan ABIM Perlis.Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Belia mewakili
Pengarah JBSNPs. Pihak jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD HANAFFI BIN A. RAHMAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 15 Oktober 2022 - Kejohanan Petanque 1000 Liga 2022 Siri 1 Peringkat Negeri Perlis anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan
Petanque Negeri Perlis telah menarik seramai 110 penyertaan daripada pelbagai agensi melibatkan pelbagai peringkat umur. Kejohanan yang berakhir pada petang tadi telah
diadakan di Gelanggang Petanque, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Arena Petanque, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.
Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Ketua Unit Rakan Muda mewakili Pengarah JBSNPs.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kejohanan ini.
Semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Kita berjumpa lagi pada Siri Kedua nanti.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK WAN AHMAD YAZIZ BIN WAN DIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Pulau Tuba, 1 Oktober 2022 - Sekretariat Rakan Muda ( SRM) UNIMAP telah melakukan Corporate Service Responsibility ( CSR ) bertempat di Pulau Tuba Langkawi pada 29 September sehingga 1 Oktober 2022. Kerja pemasangan lampu solar di sekitar kampung di Pulau Tuba ini adalah bertujuan untuk memudahkan para penduduk di kawasan sekitar menggunakan jalanraya pada waktu malam.
Sebanyak 15 tempat pemasangan telah dipilih oleh para pelajar UNIMAP di dalam program ini. Para penduduk kampung amat berbesar hati menerima kedatangan para pelajar untuk membantu meningkatkan keselamatan para penduduk di waktu malam.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD NOORAHIMI BIN RAMLI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)