- JBS Perlis
- Hits: 176
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI PERLIS
Taklimat berkenaan program sambutan disampaikan oleh Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Antara intipati pembentangan yang disampaikan adalah tarikh, tempat pelaksanaan, aktiviti yang diadakan, penglibatan agensi melalui bantuan kerjasama persiapan tempat, peralatan, pameran agensi dan aset, serta kerjasama menjalankan aktiviti bersama jabatan dan persatuan.
Mesyuarat ini juga menzahirkan hasrat Jabatan dan Majlis Belia Negeri Perlis selaku rakan strategik utama serta semua agensi dan badan NGO terlibat agar program ini dapat berjalan dengan lancar seperti dirancang. Mesyuarat turut membuat beberapa keputusan penting untuk memuktamadkan gerak kerja bagi persiapan menjelang hari sambutan.
Pihak jabatan merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua pihak yang melapangkan masa untuk hadir pada hari ini dan sama-sama memberi cadangan dan maklumbalas dalam menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 176



