Kangar, 31 Mei 2022 - Telah diadakan perjumpaan antara Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Mohd Nizam bin Mat Daud dan Syarikat Kawalan Keselamatan BG Sdn. Bhd. untuk menandatangani Kontrak Perjanjian bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Bagi Tempoh Dua (2) Tahun Bermula 01.10.2021 sehingga 30.09.2023. Semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORAFZAN BINTI MAMAT (PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 31 Mei 2022 - Selamat datang diucapkan kepada Encik Fauzi bin Abdullah Salleh yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Sukan menggantikan Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid. Beliau telah melapor diri di Jabatan ini pada 18 Mei 2022 yang lalu. Kami warga jabatan sangat mengalu-alukan kehadiran anda dan diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, integriti dan komited.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kuala Perlis, 30 Mei 2022 - Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud untuk meninjau kawasan bagi program Rakan Muda Day Out Siri 2 Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan pada 5 Jun 2022 bertempat di Pesisiran Pantai Sungai Padang dan Padang Keria. Program Rakan Muda Day Out siri 2 ini tertumpu kepada aktiviti kesukarelawanan di mana ia adalah salah satu inisiatif untuk melibatkan belia dengan kerja-kerja sukarelawan.Orang ramai turut dijemput hadir untuk melaksanakan program yang bermanfaat ini.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NOORAHIMI BIN RAMLI (UNIT RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 29 Mei 2022 - Pasukan Makcik-makcik mengungguli Bola Jaring MSL Peringkat Negeri Perlis 2022 setelah menewaskan Pasukan Mama Hot di perlawanan akhir siang tadi.
Kejohanan Bola Jaring MSL Peringkat Negeri Perlis 2022 telah disertai 11 pasukan dari pelbagai agensi dan kelab.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK FAUZI BIN ADBULLAH SALLEH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 28 Mei 2022 - Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL 2022) Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, Majlis Sukan Negeri Perlis.
Sebanyak 18 regu telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw ini dan pelbagai aksi menarik telah dipamerkan daripada setiap pasukan.
Johan telah disandang oleh Majlis Sukan Negeri Perlis A, Naib Johan dimenangi oleh Majlis Sukan Negeri Perlis D manakala tempat ketiga bersama milik Majlis Sukan Negeri Perlis C dan STC.
Johan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 beserta medal, naib johan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta medal dan tempat ketiga bersama membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 beserta medal.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Fauzi bin Abdullah Salleh, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD SHAFIZAN BIN BAKAR (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 28 Mei 2022 - Muktamar Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi kali ke-48 Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada pagi ini bertempat di Sekretariat WAP Perlis, Padang Katong, Kangar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Adli Zakuan Zairakithnaini (Wakil ABIM Pusat) dan dihadiri oleh Ustaz Zakwan Sabri (Pengerusi WADAH Perlis), Dr. Yus'aiman Bin Yusof (Pengerusi SYURA WAP Perlis) dan diiringi Tn. Faizal Yunus (Presiden ABIM Perlis).
Disamping mengadakan program Muktamar Agung Tahunan ABIM ke-48, turut disertakan program Membahas Ucapan Dasar Presiden (MUDA) iaitu 'Wawasan gerakan Islah dan Kosmopolitan Muslim' yang disampaikan oleh Tn. Adli Zakuan Zairakithnaini.
Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah dihadiri oleh Cik Nur Hidayu Natasya Binti Mohd Zulkrnin, Pegawai Kepimpinan dan Sahsiah.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NUR HIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 26 Mei 2022 - Sedang berlangsung Undian bagi Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sport League 2022 Peringkat Negeri Perlis bertempat di Kafetaria Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang dihadiri setiap pengurus pasukan.
Turut hadir Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bersama Encik Fauzi bin Abdullah Salleh, Penolong Pengarah Sukan.
Sukan Bola Jaring akan berlangsung pada 29 Mei 2022 bertempat di Gelanggang Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Jom sama-sama kita turun padang menyokong setiap pasukan yang bertanding.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 26 Mei 2022 - Satu Majlis Pelancaran "Malaysia Sports League" bagi Tahun 2022 Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada petang ini bertempat di Gelanggang Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Majlis Pelancaran dan Gimik Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Encik Anuar bin Abidin dan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Encik Izan Asmawi bin Habidan.
Malaysia Sports League (MSL) diadakan bagi melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakan masyarakat membudayakan sukan, meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komunuti setempat dan meningkatkan kemahiran sukan dan kesukarelawanan di kalangan komunuti setempat.
Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis dan Persatuan-persatuan Sukan Peringkat Negeri melibatkan lima jenis sukan iaitu Futsal Lelaki dan Wanita, Bola Keranjang 3 on 3 Lelaki dan Wanita, Sepak Takraw, Bola Jaring dan Badminton Berpasukan (campuran).
Turut menghangatkan Majlis ini telah diadakan Perlawanan Futsal 3 Penjuru melibatkan Pasukan Pilihan Yang Berhormat, Pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Pasukan Gabungan Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan Media.
Dengan sempurnanya Majlis Pelancaran ini maka bermulalah saingan, lawan, pertarungan acara sukan yang dipertandingkan bermula 29 Mei 2022 setiap Sabtu dan Ahad di venue-venue yang telah ditetapkan. Semoga berjaya kepada semua pasukan bakal beraksi dalam setiap kejohanan yang dipertandingkan. MSL juga diadakan bagi mengambil semangat "build up" Hari Belia Negara".
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 26 Mei 2022 - PERKESO Perlis melalui Cawangan Perkhidmatan Pekerjaaan dengan kerjasama Agensi Antidadah Negeri Kebangsaan (AADK) Perlis dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah mengadakan Program Temuduga Khas melibatkan lima majikan yang menawarkan pelbagai jawatan menarik. Program ini turut dilaksanakan dengan mengambil semangat "build up" Hari Belia Negara.
Program temuduga yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia Negeri Perlis dan klien AADK yang telah telah selesai proses kepulihan untuk mendapat pekerjaan.
Kaunter MyFuturejobs juga dibuka sepanjang tempoh program berlangsung. Tahniah diucapkan kepada calon yang mendapat pekerjaan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)