Kangar, 11 Jun 2022- Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 bertempat di Dewan Seminar 1, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memantapkan pertubuhan-pertubuhan belia di Negeri Perlis.
Antara pengisian bengkel ini adalah penerangan mengenai Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) oleh Dr. Mohd Hafizuddin bin Baki, Penolong Pegawai Pendaftar Zon Utara, penerangan mengenai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, penerangan mengenai Panduan Permohonan Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia disampaikan oleh Encik Mohd Azlan bin Bahrin, Pegawai Pendaftar Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia dan ceramah bertajuk Integriti dalam Berpersatuan oleh pihak SPRM Negeri Perlis. Sesi Dialog bersama pegawai Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara turut diadakan bagi mengenalpasti permasalahan pertubuhan belia dan mencari jalan penyelesaian bersama.
Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Nizam b. Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NORMAN BIN AHMAD (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 211


