- JBS Perlis
- Hits: 420
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2021
- JBS Perlis
- Hits: 420

Kangar, 29 Oktober 2021 - Telah diadakan Pemeriksaan aset alih di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis melibatkan semua fasiliti jabatan termasuk kolam renang hari ini.
Pemeriksaan aset ini dijalankan selama dua hari bermula pada 28 Oktober 2021 oleh Pegawai-pegawai Pemeriksa Aset Jabatan, Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Puan Shaharani binti Abd Rahman, Pembantu Tadbir.
Pemeriksaan ini bagi mengetahui keadaan aset dan memastikan maklumat aset alih dikemaskini dan lengkap.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

Google Meet, 27 Oktober 2021 - Webinar Skim Perantisan Nasional Peringkat Negeri Perlis Sempena Hari Belia Negara telah berlangsung pada hari ini secara atas talian yang melibatkan 30 orang peserta.
Webinar ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Akmal bin Md. Ruslan, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara.
Skim Perantisan Nasional merupakan satu program di bawah insiatif Kolabolarasi Rentas Kementerian yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan khusus unutk melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyedaikan peluang latihan serta pekerjaan.
Program in adalah kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perlis dan dikendalikan oleh Encik Mohamad Faizal bin Abdul Majid, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

Kangar, 26 Oktober 2021 - Persidangan Sukan untuk Semua 2021 (National Sports For All Conference) telah diadakan selama dua hari yang bermula semalam dan berakhir pada hari ini bertempat di Hotel The Everly, Putrajaya. Persidangan ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Leisure & Rekreasi Malaysia (MARFIMA). Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Antara intipati persidangan ini adalah forum bertemakan "Pembudayaan Sukan Untuk Semua ke arah Kecemerlangan Sukan dan Impak kepada Industri Sukan" dan pembentangan Konsep dan Konteks Sukan serta Bidang yang berkaitan. Ucaptama yang disampaikan adalah Pergerakan Global Institusi Sukan Untuk Semua dan Halatuju Kementerian Belia dan Sukan ke arah melahirkan Negara yang aktif dan negara Bersukan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diwakili oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Alzrie Helery Tisin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang hadir secara fizikal manakala lain-lain Pegawai Belia dan Sukan hadir secara atas talian.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

Kangar, 21 Oktober 2021 - Bengkel Pemantapan dan Pemurnian Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025) telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gunasama Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar, Perlis. Program ini merupakan inisiatif YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Fasilitator bagi program ini adalah Encik Wan Rosdi bin Wan Dolah, Panel Penasihat Pelan Strategik Kerajaan Negeri Perlis dan melibatkan penyertaan seramai 47 peserta yang terdiri daripada 32 jabatan, agensi, NGO dan sukarelawan dalam menjayakan matlamat yang lebih komprehensif ke arah negeri Perlis yang bersih dan sihat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis diwakili oleh Encik Wan Ahmad Yaziz bin Wan Din, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S32) dan Encik Mohamad Faizal bin Abdul Majid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29).
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

Kangar, 16 Oktober 2021 - Webinar Rahsia Perniagaan Online telah diadakan dengan jayanya pada hari ini secara maya melalui aplikasi zoom. Webinar ini adalah anjuran Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Seramai 40 peserta telah hadir ke sesi webinar ini.
Webinar ini diadakan bagi melahirkan usahawan yang bijak menjalankan perniagaan secara atas talian, memberi pendedahan kepada peserta tentang platform online yang sesuai untuk perniagaan masing-masing. Selain itu, melalui webinar ini peserta dideadahkan dengan cara-cara mempelajari teknik pemasaran atas talian yang berkesan dan terkini dan mengoptimumkan kemudahan sedia ada untuk menjalankan perniagaan yang betul.
Webinar ini disampaikan oleh Encik Azim bin Omar, usahawan muda Perlis. Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Semoga perkongsian ini dapat memberi peluang dan ruang kepada peserta yang ingin terlibat dalam perniagaan secara online samada baru ingin memula langkah atau telah pun bermula mengaplikasikan kaedah ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

Kangar, 13 Oktober 2021 - Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menghadiri Mesyuarat Pra-Pembinaan Kerja-kerja Menaiktaraf Kompleks Kolam Renang, Perlis hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kerja Raya (JKR), Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan IR. Law Jia Haur, Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis mewakili Pengarah JKR Perlis. Turut hadir Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Neger Perlis.
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan taklimat projek, taklimt teknikal, dan pemakluman keperluan-keperluan kontrak. Pihak kontraktor terlibat juga turut membuat pembentangan bagi program kerja dan pelan kualiti pembinaan. Mesyuarat ini turut menyelaras kerja antara pihak JKR, kontraktor utama dan pihak berkuasa tempatan TNB. Turut membincangkan masalah-masalah yang dijangka wujud dan penerangan keperluan pelaksanaan SPK. Puan Pengarah hadir bagi memberi pandangan dan perlu mengambil maklum kerja-kerja menaiktaraf ini kerana Kompleks Kolam Renang Perlis adalah di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22