- JBS Perlis
- Hits: 309
POTLUCK JAMUAN RAYA AIDILFITRI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS BERLANGSUNG MERIAH
Kangar, 12 Mei 2022 - Jamuan Hari Raya Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang diadakan secara "potluck" berlangsung meriah hari ini. Program ini dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bertempat di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis. Menu yang disediakan diadakan secara "potluck" di mana setiap Bahagian perlu menyediakan satu menu pada jamuan raya pada tahun ini. Turut hadir memeriahkan YB Senator Seruandi Saad, YB Aziz Ariffin, YB Exco Belia dan Sukan, Tuan Hamizan bin Hassan, Exco Pendidikan, YB Rozieana binti Ahmad, ketua-ketua jabatan dan Majlis Belia Negeri Perlis. Majlis pada tahun ini diadakan secara kecilan dan Tuan Pengarah, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud berharap pada masa akan datang majlis ini akan diadakan secara berskala besar dan perlu melibatkan persatuan-persatuan belia yang lain.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 309
