- JBS Perlis
- Hits: 408
DUA PEGAWAI JBSNPs HADIRI BENGKEL PERANCANGAN PROGRAM PELAPIS NEGERI DAN BAKAT PARA 2022
Kangar, 10 Februari 2022 - Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Mohd Shafizan bin Bakar, Pegawai Pembangunan OKU telah hadir dengan jayanya ke Bengkel Perancangan Program Pelapis Negeri dan Bakat Para 2022 selama tiga hari yang berakhir hari ini bertempat di Dewan Banquet, Casa 4, MSNM, Bukit Jalil.. Program ini adalah anjuran Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara Malaysia. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaras dan membuat penambahbaikan program sedia ada bagi memastikan kesinambungan program latihan atlet-atlet pelapis dan bakat di negeri dapat dilaksanakan dengan berterusan. DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 408
