- JBS Perlis
- Hits: 533
KURSUS PENGURUSAN PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA SIRI 1 DAN SIRI 2 PERINGKAT NEGERI PERLIS BERJALAN LANCAR
- JBS Perlis
- Hits: 533

Kangar, 1 Jun 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini telah menerima dua orang pegawai baru. Pegawai tersebut adalah Encik Norahimi bin Ramli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dari IKBN Kuala Perlis, Perlis dan Puan Nurhafuzah binti Abdul Rahaman, Pembantu Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Encik Rahimi ditempatkan di Unit Rakan Muda manakala Puan Hafizah ditempatka di Bahagian KOMBES.
Pihak jabatan amat mengalu-alukan kehadiran kedua pegawai ini dan diharapkan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh komited dan dedikasi. Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI.

Kangar, 31 Mei 2021 - Hari terakhir Puan Nurul Ain binti Tralah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang berkhidmat di Unit Rakan Muda dan Encik Mohd Shamir Shamsi bin Md Lazim, Pembantu Belia dan Sukan yang berkhidmat di Bahagian KOMBES Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Puan Nurul Ain akan bertukar ke IKBN Kuala Perlis, Perlis dan Encik Shamir akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bermula 1 Jun 2021.
Pihak jabatan ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kedua-dua pegawai di atas segala bantuan, khidmat bakti, kerjasama, tenaga kerja dan curahan idea sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Selamat maju jaya diucapkan walau di mana kalian berada. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 31 Mei 2021 - Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, telah menghadiri Sesi Pembentangan dan Perbincangan mengenai Cadangan untuk mewujudkan Pusat Ekuin Diraja Perlis dan Rekreasi hari ini yang dipengerusikan oleh YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Cadangan Untuk Mewujudkan Pusat Ekuin Diraja Perlis & Rekreasi daripada Yayasan Muallaf Malaysia. NGO telibat mengemukakan cadangan untuk membangunkan Pusat Ekuin Negeri Perlis yg berada di Batu Pahat..
Pembangunan dari segi fasiliti, program-program dan penyelenggaraan dan akan dibangunkan secara berterusan unk pembangunan sukan berkuda di negeri Perlis ini.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI

Beseri, 23 Mei 2021 – Para sukarelawan terpilih seramai sembilan orang telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Melati, Beseri, Perlis ke sesi taklimat dan simulasi berkenaan tatacara kerja dan skop tugas sukarelawan bukan kesihatan (MYVAC) yang disampaikan oleh Dr Umairah binti Norazman, merupakan Ketua Pusat Pemberian Vaksin bagi lokasi pembukaan kedua ini.
Para sukarelawan ini diberi simulasi dengan lebih terperinci bagi proses pemberian vaksin dan dibahagikan mengikut keperluan tugas masing-masing yang akan bermula esok. Semoga para sukarelawan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi melancarkan proses pemberian vaksinasi ini dan sentiasa menepati masa mengikut waktu bertugas yang diperuntukkan.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH (UNIT PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)

Kangar, 20 Mei 2021 – Satu taklimat ringkas berkenaan tatacara kerja dan skop tugas Sukarelawan Bukan Kesihatan MYVAC kepada 9 orang sukarelawan yang telah terpilih untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Melati, Beseri, Perlis. Taklimat ringkas ini diadakan di Lobi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan disampaikan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Ketua Unit Rakan Muda merangkap Ketua Penyelaras program ini.
Turut hadir, Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH (UNIT PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)

Kangar, 20 Mei 2021 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita bint Kamaludin telah menerima suntikan vaksin dos pertama hari ini jenis Pfizer-BioNTech. Beliau mendapatkan vaksin di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan MYVAC yang terlibat dalam melancarkan proses vaksinasi di negeri Perlis ini. Pihak jabatan mendoakan agar beliau terus diberi kesihatan yang bagi dalam menjalankan tugas rasmi pejabat.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINT MEGAT GHAZALI
Kemaskini Terakhir: 15-06-2026, 12:18:48