Kangar, 28 Oktober 2020 - Kursus Asas Ikatan Tali Mendaki Peringkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya pada 5 September 2020 yang lalu bertempat di Gua Cenderawasih, Perlis.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan ilmu kemahiran berterusan kepada peserta di dalam mengembangkan aktiviti sukan mendaki serta mengasah skill dan teknik ikatan tali dalam sukan mendaki agar sentiasa dikemaskini dan selaras dengan peredaran masa.
Kursus ini dikendalikan oleh Persatuan Mendaki Negeri Perlis (Perlis Climbers) dan peserta terdiri daripada kalangan belia sekitar Perlis seramai 20 orang.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Mohd Hanaffi bin A. Rahman. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHAMAD FAIZAL BIN ABDUL MAJID
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 28 Oktober 2020 - Klinik Asas Woodball telah diadakan dengan jayanya pada 5 September 2020 yang lalu bertempat di Laman Woodball Kolej Matrikulasi Arau, Perlis. Klinik ini telah dihadiri oleh para pegawai yang terpilih untuk mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan diadakan sebagai persediaan ke Kejohanan Woodball Liga Piala Tunku Negeri Perlis. Puan Norhazita binti Kamaludin turut hadir ke klinik ini. Klinik ini diajar oleh tenaga pengajar yang bertauliah daripada Persatuan Woodball Negeri Perlis.
Semoga para pemain Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dapat memberi saingan yang hebat dalam Kejohanan Woodball Piala Tunku Perlis 2020 yang sedang berlangsung ketika ini.
Kangar, 28 Oktober 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Liga Sukan Dalaman JBSNPs telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Utama dekat sini pada 3 September 2020 yang lalu. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Puan Norhazita bintu Kamaludin. Mesyuarat ini membincangkan berkaitan persiapan penyelaras sukan dan persiapan teknikal bagi menganjurkan 11 jenis sukan yang akan dipertandingkan. Antara sukan yang akan diadakan adalah Karem, Congkak, Dam Haji, Batu Seremban, PES 2020, Snuker, Futsal, Badminton, Pingpong, bowling dan Petanque. Kejohanan ini akan berlangsung sehingga November 2020 bagi menentukan juara keseluruhan. Matlamat utama penganjuran sukan ini adalah bagi memupuk semangat kebersamaan diantara organisasi selain bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga usaha murni ini dapat diterjemahkah dengan kejayaan dalam membangunkan organisasi ke arah yang lebih gemilang.
Kangar, 28 Oktober 2020 - Selamat bertukar diucapkan kepada Puan Hajah Hajar bin Omar, Pegawai Khidmat Pelanggan yang telah bertukar ke Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis di mana 28 Ogos 2020 merupakan hari terakhir beliau di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Beliau telah berkhidmat bersama jabatan selama tujuh tahun. Satu majlis perpisahan telah diadakan semasa perhimpunan bulanan bagi meraikan jasa dan bakti beliau sepanjang bersama jabatan. Pihak jabatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Hajar binti Omar di atas sumbangan dan keringat yang dicurahkan. Selamat maju jaya diucapkan.
Kangar, 26 Oktober 2020 - Program Kacau Bubur Asyura anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diadakan pada 28 Ogos 2020 yang lalu bertempat di Pekarangan JBSN Perlis.
Program anjuran biro aktiviti disertai ahli KSKJBS Perlis ini merupakan acara tahunan di samping untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli.
Kangar, 23 Oktober 2020 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos telah diadakan pada 27 Ogos 2020 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. perhimpunan kali ini diselia ole Bahagian KOMBES.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis, Perkhidmatan Awam dan Malaysia Bersih. Seterusnya bacaan doa oleh Encik Mohd Shamir Shamsi bin Md Lazim. Majlis diteruskan dengan amanat yang disampaikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengaran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Majlis pada kali ini berlangsung dalam suasana sedih apabila jabatan kehilangan seorang pegawai iaitu Puan Hajar bin Omar yang bertukar ke Politeknik Pauh Perlis dan juga hari terakhir pelajar praktikal iaitu Encik Mohd Azam bin Azmi. Selamat maju jaya diucapkan.
Acara akhir adalah sambutan hari lahir bagi bulan Ogos 2020.
Kangar, 23 Oktober 2020 - Satu Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan telah diadakan pada 1 September 2020 yang lalu di Bilik Mesyuarat aras 2 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dekat sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Mohd Hanaffi Bin A.Rahman, Penolong Pengarah Sukan dan dihadiri oleh semua pegawai projek dibawah Unit Pembangunan Sukan JBSNPs. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan gerak kerja program bagi setengah tahun kedua dan pembentangan laporan program yang telah dilaksanakan selain merancang berkaitan program sukan dalaman yang akan diadakan diantara kakitangan Jabatan ini. Semoga Bahagian Sukan akan terus memberi komitmen dalam memastikan matlamat Jabatan dapat direalisasikan terutamanya di peringkat Negeri Perlis dan mencapai objektif Kementerian Belia dan Sukan khususnya.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 23 Oktober 2020 - Sambutan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Ogos 2020 yang lalu bertempat di Dewan Seroja, Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Sambutan pada kali ini diadakan mengikut SOP yang ditetapkan berikutan Pandemik Covid-19 bagi meraikan golongan belia Perlis dan merupakan suatu pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan golongan muda kepada kerajaan dan negara.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang sambutan ini yang bermula pada 15 Ogos 2020 secara virtual antaranya, Pertandingan Melukis Poster Digital, Pertandingan Fotografi, Penyampaian Ucapan dari Tokoh Belia Perlis, Bicara Kerjaya oleh PERKESO Perlis, Bicara Belia oleh Jabatan Pertanian Perlis, Workout Tabata oleh Belia Masjid Perlis dan Makeup Tutorial oleh Yasmeen Beauty Perlis.
Majlis perasmian Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perlis 2020 telah disempurnakan oleh YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir. YB Siti Berenee binti Yahaya, Exco Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Wakil Kementerian Belia dan Sukan, Encik Mohd Hazan bin Hj. Dahari, YDP Majlis Belia Negeri Perlis, Encik Noor Hairi bin Mohd Noor dan Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis serta ketua-ketua jabatan terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2020.
Turut diadakan Majlis Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Perlis yang merupakan suatu pengiktirafan kepada individu-individu mengikut bidang atau kategori tertentu dalam kegiatan dan aktiviti di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Penganugerahan ini dibuat Sempena Sambutan Hari Belia Negara. Antara pemenangnya adalah:
KATEGORI INDIVIDU WANITA
JOHAN : KANIMOLU A/P KUMARAN (KELAB BELL BELIA TAMIL PERLIS)
NAIB JOHAN : OUNG QI WEI (YOUNG BUDHIST ASSOCIATION OF MALAYSIA)
KATEGORI INDIVIDU LELAKI
JOHAN : MUHAMMAD FAEZ BIN IDRUS ( KELAB BELIA MUKMIN MASJID SYED ALWI PERLIS)
NAIB JOHAN : KIRHEBA MURUGAN KRISHNAN (KELAB BELL BELIA TAMIL PERLIS
KATEGORI PERTUBUHAN
JOHAN : GERAKAN BELIA 4B NEGERI PERLIS
NAIB JOHAN : BELIA MASJID PERLIS
Turut diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Melukis Poster Digital, Pertandingan Fotografi dan Pertandingan Khat.
Acara kemuncak bagi program ini adalah persembahan pentas oleh Kumpulan Twinies.
Pihak Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya persatuan-persatuan belia Perlis dalam memeriahkan lagi program ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan media dalam menjayakan aktiviti secara virtual sehingga ke siaran langsung Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2020 iaitu PROMEDIA TAJDID
Sekalung penghargaan kepada Belia Masjid Negeri Perlis dan Majlis Belia Negeri Perlis yang turut sama menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 23 Oktober 2020 – Kakitangan wanita Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menghadiri Program Derma Darah anjuran Puspanita Negeri Perlis yang diadakan pada 17 Ogos 2020 bertempat di Kompleks DUN, Kangar, Perlis.
Antara aktiviti lain yang diadakan adalah senamrobik, jualan, taklimat oleh Kesihatan, JPJ, PTPTN dan LPPKN dan juga pameran agensi. Program yang julung kali diadakan ini bakal menjadi acara tahunan bagi Puspanita Negeri Perlis.
Taklimat oleh Kesihatan Perlis memaklumkan derma darah amat diperlukan terutama di Negeri Perlis ini. Seorang penderma boleh membantu tiga orang pesakit antaranya denggi, pembedahan, mangsa lecur, dan ibu bersalin yang kehilangan banyak darah. Beliau juga memaklumkan penderma darah perlu sihat, berumur 18-60 tahun, makan minum dan tidur secuckupnya sebelum menderma darah, berat badan perlu 45 kg dan ke atas dan maksium empat kali setahun untuk menderma.
Majlis perasmian dirasmikan oleh Timbalan SUK.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI